Carian dihidupkan, Tukar kedai
10% pulangan untuk Item Rakuten 23 April 16:00 - 27 April 16:00 JST BELI SEKARANG
ULANG TAHUN ZENMARKET KE-10 LIHAT LAGI

Golden Week 2021 - Maklumat Penting

Para pelanggan yang dihormati,

Pada 29 April, sehingga tanggal 5 Mei 2021, seluruh Jepun akan menyambut Golden Week, iaitu cuti panjang yang disebabkan oleh beberapa cuti umum yang jatuh pada tanggal-tanggal tertentu secara berturut-turut.
 
Sepanjang tempoh ini, pejabat ZenMarket akan tetap beroperasi dan perkhidmatan kami juga boleh digunakan seperti biasa. Namun begitu, sila ambil maklum mengenai perubahan berikut:

  • Kelewatan pembungkusan item dijangka akan berlaku
  • Kebanyakan kedai akan ditutup sepanjang tempoh Golden Week. Oleh itu, proses pembelian serta penghantaran barangan oleh penjual juga akan mengalami kelewatan.
  • Tiada pengiriman melalui FedEx, UPS, DHL dan SF Express akan dilakukan pada tarikh-tarikh yang dinyatakan di atas
  • Pengiriman melalui perkhidmatan pos antarabangsa (Airmail, EMS) masih dilakukan untuk negara-negara yang menawarkan kaedah pengiriman ini. Maklumat lanjut di sini.

Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku.

- Team ZenMarket

Berita| 28/04/2021 |

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular