10% CASHBACK UNTUK SETIAP PRODUK RAKUTEN LIHAT PRODUK RAKUTEN 1 Disember 16:00 - 5 Disember 16:00 (JST)
Lebih murah daripada "mail forwarding"!
- Caj perkhidmatan hanya ¥500 per item.
- Penggabungan bungkusan percuma!
Kami bantu anda
Caj Perkhidmatan
¥500
beli
Kad Kredit/Debit
PayPal, AliPay
Cryptocurrency
Pemindahan Bank
barangan dari Jepun
Rakuten
Amazon
Yahoo
Pasaran online lain
dan kirimkannya
EMS
Airmail
FedEx
DHL, UPS
terus kepada anda
USA
Eropah
Asia
Negara-negara lain

Masukkan item ke troli beli-belah

Masukkan URL item ke troli anda dari mana-mana kedai online Jepun dan buat pesanan.

Dapatkan sebut harga

ZenMarket akan mengesahkan harga dan ketersediaan item anda.

Buat pembayaran item

Sebaik sahaja harga item anda telah disahkan, anda boleh membuat pembayaran.

Tunggu beberapa hari

ZenMarket akan membuat pesanan item anda dari kedai pilihan anda. Kemudian kami akan menunggu item anda dihantar ke gudang kami.

Tetapkan butiran pengiriman

Setelah item anda dihantar ke gudang kami, anda boleh menetapkan kaedah pengiriman dan alamat anda.

Bayar kadar pengiriman

Setelah bungkusan anda ditimbang dan diukur, anda boleh membuat pembayaran kadar pengiriman antarabangsa.

Kirimkan bungkusan anda

Tunggu 1-2 minggu untuk bungkusan anda tiba di alamat anda.

Depositkan wang

Tambah wang ke akaun ZenMarket anda untuk membuat bidaan.

Buat bidaan

Buat bidaan pada item yang anda inginkan.

Tunggu beberapa hari

Jika anda telah memenangi lelongan, kami akan membeli barang anda daripada penjual. Tunggu item itu sampai di gudang kami.
Ini biasanya mengambil masa beberapa hari tetapi kadang-kadang penghantaran mengambil masa seminggu atau lebih kerana kebanyakan penjual adalah orang perseorangan.

Tetapkan butiran pengiriman

Setelah item anda dihantar ke gudang kami, anda boleh menetapkan kaedah pengiriman dan alamat anda.

Bayar kadar pengiriman

Setelah bungkusan anda ditimbang dan diukur, anda boleh membuat pembayaran kadar pengiriman antarabangsa.

Kirimkan bungkusan anda

Tunggu 1-2 minggu untuk bungkusan anda tiba di alamat anda.

Caj perkhidmatan rendah

Kami hanya mengenakan 500 JPY bagi setiap item yang dibeli sebagai caj perkhidmatan kami. Ini adalah kadar rata kami untuk semua barangan.

Pembidaan Langsung di Yahoo! Auctions

Buat bidaan masa nyata di Yahoo! Auctions, laman jualan lelong terbesar di Jepun.

Satu troli untuk semuanya

ZenMarket adalah troli beli-belah anda untuk semua pembelian daripada kedai-kedai dan jualan lelong online Jepun.

Bantuan pembelian

Kadang-kadang, agak sukar untuk anda mencari barangan yang tepat. Kami sentiasa bersedia membantu pencarian anda dan menjawab segala pertanyaan anda.

Berjimat dalam pengiriman

Penggabungan bungkusan dan insurans pengiriman adalah termasuk dalam caj perkhidmatan kami. Anda boleh berjimat banyak dengan pengiriman melalui ZenMarket sekiranya anda membeli barangan daripada beberapa laman web yang berlainan.

Bagaimana untuk mula?

Jom cari barangan yang anda inginkan!

Entri blog terkini

FAQ: ZenMarket Loyalty Program

25 Ogo 2023
Anda bertanya kami menjawab! Baca entri ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang sistem kredit ZenMarket .

Marilah Bersukan! Top 5 Jenama Sukan Popular Jepun

26 Jun 2023
Jepun, sebagai salah satu kuasa sukan Asia, telah mencapai kejayaan dalam bidang peralatan profesional seperti besbol, larian maraton, badminton, pingpong, ski, dan lain-lain. Hari ini, ZenMarket akan memperkenalkan 5 jenama sukan utama yang bermula dari Jepun dan telah menjadi popular di seluruh dunia.  

Top 5 Kedai Alat Memancing Popular Jepun

19 Jun 2023
5 pengeluar peralatan alat memancing Jepun yang disyorkan untuk pemla memancing. Anda boleh beli alat memancing berkualiti terus dari Jepun di ZenMarket

Berita

Selamat Datang ke ZenMarket - Satu Troli untuk Semua Pembelian Online Jepun Anda

Anda boleh menjimatkan kadar pengiriman jika anda berbelanja dengan ZenMarket kerana kami akan menggabungkan bungkusan anda secara percuma.

Mengapa anda perlu membeli dari Jepun?
Pada era global ini, terdapat pelbagai barangan serupa yang dijual di eBay Amerika, Taobao China dan Yahoo! Japan. Kadang-kadang sukar untuk anda menentukan platform beli-belah mana yang lebih baik. Salah satu sebab untuk membeli dari Jepun adalah kerana ianya selamat. Kemungkinan untuk anda ditipu oleh penjual adalah sangat rendah berbanding laman lelongan atau laman beli-belah antarabangsa lain. Sebab kedua adalah kualiti. Jepun adalah lambang kualiti unggul, bukan sahaja untuk barangan, tetapi juga untuk perkhidmatan. Apabila membeli barangan dari Jepun, anda boleh meyakini bahawa semua penjual Jepun akan melakukan tugas mereka sebaiknya. Anda juga boleh meyakini bahawa barangan anda akan dihantar secepat mungkin ke gudang kami. ZenMarket juga sentiasa berusaha keras untuk memenuhi piawaian kualiti Jepun yang tinggi ini. Produk yang dijual secara online di Jepun adalah berkualiti, termasuk barangan yang diimport dari negara lain. Sebab ketiga adalah ketersediaan banyak barangan yang berlainan jenis. Jepun adalah syurga untuk penggila beli-belah. Jepun masih lagi terkehadapan dalam banyak industri, dan inilah sebabnya mengapa anda boleh menemui banyak peranti elektronik, barangan kosmetik, pakaian dan produk unik lain yang tidak boleh didapati di negara asal anda. Di kedai-kedai atau lelongan online Jepun, anda boleh mencari barangan yang hanya terdapat di Jepun: figura anime Jepun, peralatan memancing Jepun, barang antik Jepun, barangan tradisional Jepun, gula-gula Jepun dan barang-barang Jepun lain yang unik. Kami yakin anda pasti akan menemui sesuatu yang anda suka di pasaran dan lelongan online Jepun. Jom cari!
Mengapa anda perlu menggunakan ZenMarket?
Selalunya, berbelanja di kedai-kedai online Jepun bukanlah sesuatu yang mudah bagi anda yang bukan penduduk Jepun dan bukan penutur bahasa Jepun. Tanpa kemahiran berbahasa Jepun, pastinya sukar untuk anda melalui proses pendaftaran di laman web Jepun, atau untuk berkomunikasi dengan penjual. Kedua, sebahagian laman beli-belah online di Jepun tidak menerima kad kredit dan hanya berurusan dengan pemindahan wang melalui bank. Kadang-kadang, kad kredit yang dikeluarkan di luar Jepun juga tidak diterima. Ketiga, kebanyakan  penjual di pasaran online Jepun dan Yahoo! Auctions tidak membuat pengiriman antarabangsa. Perkhidmatan kami bertujuan untuk menyelesaikan masalah ini dan banyak masalah lain yang mungkin timbul ketika anda membeli barangan online dari Jepun. Kami berbesar hati untuk menjadi troli semua-dalam-satu untuk semua pembelian barangan online anda dari pelbagai kedai serta jualan lelongan Jepun. Kami akan mengendalikan pendaftaran di laman web Jepun, membuat pembayaran melalui pemindahan bank jika perlu, dan membuat pengiriman antarabangsa. Kami juga akan berkomunikasi dengan penjual jika anda mempunyai sebarang pertanyaan. Sebab paling utama untuk anda menggunakan ZenMarket adalah kerana ianya lebih murah. Anda dapat berjimat banyak untuk pengiriman antarabangsa dengan perkhidmatan penggabungan bungkusan percuma kami. Selain itu, bergantung kepada permintaan anda, kami boleh memeriksa barangan anda di gudang kami dan menghantar foto kepada anda. Perkhidmatan kami lebih murah daripada perkhidmatan beli-belah lain di Jepun atau perkhidmatan "mail forwarding". Kami hanya mengenakan caj perkhidmatan 500 Yen bagi setiap item tanpa mengira saiz atau harga barangan tersebut. Sekiranya anda tidak dapat menemui barangan yang anda mahukan, kami akan membantu anda untuk mencarinya di seluruh pasaran online Jepun. Sila hubungi kami bila-bila sahaja.
Pasaran online mana yang lebih baik?
Melalui perkhidmatan kami, anda boleh membeli dari mana-mana pasaran atau jualan lelong online di Jepun. Hanya masukkan pautan URL item ke troli beli-belah anda dan buat pesanan. Jika anda tidak biasa dengan pembelian online Jepun, klik pada tab "Kedai-kedai lain" untuk melihat banyak kedai online lain, yang diatur mengikut kategori. Untuk kemudahan anda, kami juga telah menghubungkan sistem kami dengan tiga platform e-dagang terbesar di Jepun: Rakuten, Amazon.co.jp dan Yahoo! Auctions. Jadi, anda boleh mencari produk dan menyemak kategori dari kedai-kedai dan lelongan ini dalam bahasa Melayu di satu tempat yang sama! Rakuten adalah satu daripada laman web beli-belah terkemuka di Jepun. Ia merupakan platform jualan untuk ramai penjual pelbagai skala menjual barang-barang mereka. Terdapat banyak jenis produk dijual di Rakuten (lebih daripada 140 juta produk), jadi kadang-kadang mungkin banyak masa diperlukan untuk mencari apa yang anda inginkan. Amazon Jepun lebih mudah digunakan, dan banyak barangan menawarkan pengiriman percuma dalam kawasan Jepun. Kami juga telah menggabungkan Yahoo! Auctions ke dalam sistem kami, jadi anda boleh membuat bidaan di Yahoo! Auctions terus dari ZenMarket. Yahoo! Auctions terkenal dengan pelbagai barangan yang sukar didapati, dan hanya dijual di Jepun. Jadikan ZenMarket troli beli-belah anda untuk pembelian barangan dari pelbagai kedai online Jepun, dan biar kami uruskan pengirimannya ke alamat anda. Anda boleh memasukkan barangan dari pasaran online yang berbeza ke satu troli sahaja di ZenMarket dan kami akan melakukan penggabungan bungkusan secara percuma sebelum mengirimkannya. Sekiranya anda ingin berkomunikasi dengan penjual, staf kami akan melakukannya bagi pihak anda.