Carian dihidupkanTukar kedai
12% OFF di RAGTAG! 08/18 00:00 - 08/31 23:59 JST BELI SEKARANG
Sejarah carian Kosongkan senarai

5 Sebab Mengapa Anda Perlu Tonton Filem Studio Ghibli

Sempena pelancaran kedai Studio Ghibli baharu kami, satu daripada kedai di Jepun yang mempunyai lesen untuk menjual barangan rasmi Studio Ghibli yang hanya dijual di Jepun, kami telah mengumpulkan idea daripada semua staf ZenPlus dan menghasilkan senarai 5 sebab mengapa anda perlu menonton filem-filem animasi Studi Ghibli.

Untuk hampir 35 tahun, Studio Ghibli telah mewarnai dunia dengan filem-filem animasi yang sangat luar biasa. Tidak kisahlah sama ada ianya merupakan cerita tentang pemuda yang mengembara di seluruh Jepun demi mencari penawar bagi sumpahannya dalam filem Mononoke Hime, atau kisah ikan emas menjadi manusia yang melindungi hidupan laut dengan kuasa magis dalam filem Ponyo, atau cerita persahabatan antara anak kecil dengan makhluk bunian dalam filem Tonari no Totoro, anda pasti akan terpesona dengan keindahan dan keunikan penceritaan yang mengagumkan dalam setiap filem. 

 1. Cerita Yang Unik

Studio Ghibli mempunyai tema yang konsisten dalam setiap filem yang dihasilkan. Kesemua filem mereka menunjukkan perkembangan watak dan keazaman serta kegigihan watak-watak tersebut dalam menghadapi pelbagai rintangan. Penonton dapat menjiwai serta memahami setiap pergolakan emosi serta situasi yang dilalui oleh watak-watak dalam filem tersebut, membuatkan Studio Ghibli dekat di hati penonton dari seluruh dunia. Filem seperti Tonari no Totoro misalnya, memaparkan kepada penonton betapa sulitnya hubungan adik-beradik, serta ikatan indah yang terjalin pada waktu-waktu getir, melalui watak Satsuki dan Mei. Sama ada anda menggemari aksi, atau kisah pengembaraan, Studi Ghibli mempunyai cerita yang sedia menanti untuk membawa anda ke dunia yang berbeza. 

no face eating gif

 

2. Seni Yang Mengagumkan

Jalan cerita bukanlah satu-satunya tarikan utama filem-filem animasi Studio Ghibli. Paparan visual serta pengarahan seni dalam setiap satu filem juga sangat menakjubkan, antara yang terbaik anda boleh lihat dalam lambakan filem animasi. Rona warna yang digunakan berjaya "menghidupkan" setiap objek, watak, dan paling penting sekali, suasana dalam sesebuah babak. Mungkin anda perlu menonton setiap filem lebih daripada sekali untuk menangkap setiap perincian visual tersebut!

Kiki's Delivery Service Street gif

 

3. Makanan Yang Enak

Makanan merupakan elemen yang paling ketara dan signifikan dalam setiap filem Ghibli dan ianya memainkan peranan yang sangat penting. Waktu makan dipaparkan sebagai masa untuk mengeratkan hubungan persahabatan dan kekeluargaan, atau masa untuk protagonis menjalinkan hubungan dengan watak sampingan lain. Perincian makanan dalam setiap filem Ghibli sangat teliti, daripada lukisan dan warna hinggalah kepada penataan bunyi, membuatkan penonton kecur air liur. Ramai orang cuba untuk membuat makanan daripada filem animasi Ghibli seperti bento (bekal) daripada filem Tonari no Totoro ini!

 

4. Muzik Yang Mempesona

Runut bunyi filem-filem Studio Ghibli merupakan mahakarya yang tidak pernah gagal untuk menggambarkan latar masa serta latar tempat yang khusus. Tidak hairanlah mengapa komposer Joe Hisaishi merupakan peneraju runut bunyi untuk hampir kesemua filem Ghibli. Perinciannya yang teliti dalam menghasilkan nada yang sesuai untuk setiap aspek penceritaan sangat sempurna, anda pasti tidak jemu mendengarnya.

Spirited Away merupakan satu daripada karya Ghibli yang paling terkenal, dan runut bunyinya juga telah memenangi banyak anugerah. Kami menyarankan anda untuk mendengar runut bunyi filem ini yang boleh dibeli di ZenPlus, atau mana-mana hasil karya Hisaishi yang anda boleh dapatkan di internet. 

5. Impak Terhadap Budaya Popular

Sejak bertahun-bertahun, pelbagai pihak telah mendapat inspirasi daripada Studio Ghibli serta menunjukkan penghargaan dan penghormatan dalam pelbagai bentuk dan cara. The Simpsons contohnya, mempunyai babak pendek yang mengambil inspirasi daripada filem Ghibli seperti Tonari no Totoro, Howl’s Moving Castle, dan Kiki’s Delivery Service. Anda boleh lihat babak tersebut di sini:

 

Studio Ghibli yang semakin terkenal di seluruh dunia telah membukan restoran eksklusif, “Straw Hat Cafe” di Muzium Ghibli yang terletak di Mitaka, Tokyo. Cafe tersebut hanyalah satu daripada pelbagai tarikan yang menarik yang anda boleh lihat di dalam muzium tersebut. Sekiranya anda berkesempatan untuk datang ke Tokyo, anda wajib ke Muzium Ghibli! Ini adalah peluang sekali seumur hidup untuk anda melihat karakter dalam filem-filem animasi Ghibli dari jarak yang dekat. Ketahui lebih lanjut mengenai Muzium Ghibli melalui laman web rasmi mereka dalam bahasa Inggeris atau bahasa Jepun di sini.

Studio Ghibli Museum in Mitaka, Tokyo

Sekiranya anda telah jatuh cinta terhadap hasil karya Studio Ghibli, atau mungkin masih belum diyakinkan untuk menyukainya, ZenPlus telah pun menjalinkan kerjasama dengan pengedar berlesen barangan rasmi Studio Ghibli Jepun. Dengan ZenPlus, anda boleh membuat pembelian tanpa perlu membayar caj perkhidmatan 500 Yen, di samping menerima pulangan tunai sebanyak 3% untuk setiap item. 

Mungkin anda sedang mencari tuala tangan Totoro atau bekas bento Kiki's Delivery Service, ZenPlus mempunyai pelbagai pilihan produk Ghibli untuk memenuhi keinginan anda! 

Hubungi kami di Media Sosial

 

Adakah anda telah mendaftar di ZenMarket?
ZenMarket adalah tempat untuk mendapatkan barang-barang secara langsung dari Jepun! 

Daftar akaun PERCUMA sekarang

Artikel| 11/07/2019 | Animezenplus

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular