
Meraikan Pencapaian: Lebih 1 Juta Bungkusan Dihantar dan Hadiah Istimewa untuk Pelanggan ZenMarket
Di ZenMarket, kami berbangga dapat membantu pelanggan kami dari seluruh dunia untuk membeli-belah online dari Jepun. Kini, kami sangat teruja untuk mengumumkan pencapaikan perjalanan kami iaitu: penghantaran satu juta bungkusan dalam hampir sedekad perkhidmatan beli-belah kami dengan membawa barangan Jepun ke pintu rumah anda!
Ribuan Terima Kasih
Pertama sekali, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelanggan loyalty kami. Pencapaian kami hari ini akan terus menjadi impian yang jauh tanpa sokongan, kepercayaan dan semangat anda semua yang menggunakan perkhidmatan beli-belah ZenMarket..
Ribuan terima kasih juga kami mengucapkan kepada pekerja kami yang berdedikasi - daripada pembungkus gudang kami kepada staf customer support kami - yang memastikan setiap bungkusan disediakan dan dihantar dengan berhati-hati. Kami juga menghargai kerjasama rakan kongsi perniagaan, pembekal dan setiap individu yang telah bekerjasama dengan kami.
Menjadikan Setiap Bungkusan Lebih Istimewa: Pengalaman ZenMarket Origami
Untuk meraikan pencapaian penting ini, kami berbesar hati untuk memperkenalkan idea baharu yang kreatif di bungkusan kami — Flyer Origami dengan arahan untuk melipat Box Head Origami anda sendiri . Oleh itu, kami ingin memperkenalkan tradisi origami kepada anda.

Flyer ini akan dimasukkan ke setiap bungkusan ZenMarket mulai sekarang. Flyer terbaru kami melambangkan kepentingan budaya dan hati ikhlas dari kami semua di ZenMarket. Di samping melipat Origami Box Head anda, kami berharap anda boleh menikmati aktiviti origami kami untuk meraikan semangat dan penghargaan daripada ZenMarket.
Tutorial Box Head Origami
Gunakan CC subtitle untuk 19 bahasa lain
Arigato gozaimasu!
—Team ZenMarket