Jika anda menanti-nantikan siri anime Jepun yang penuh dengan aksi dan dapat memberikan kelainan dalam jalan ceritanya, tahun 2023 ini pasti akan menggembirakan anda! Tidak kurang daripada 10 anime yang akan kembali ditayangkan pada tahun ini untuk musim baharu (malah musim akhir!), dan kebanyakannya memang menyeronokkan !
Bersedia untuk menikmati tahun 2023 yang menjanjikan sesuatu yang menakjubkan! Jom kita lihat senarai cerita anime menarik yang boleh anda tonton pada tahun ini!
10 anime untuk ditonton pada tahun 2023! !

1. Attack On Titan - Musim Akhir Bahagian 3
10 tahun selepas penyiaran pertamanya, kemuncak utama dalam siri anime Attack on Titan kini akhirnya tiba! Dan ini bukannya kali terakhir kita dengar yang ia akan menjadi siri akhir: selepas menonton 2 bahagian lepas yang kita anggap sebagai "musim akhir". Yang menariknya lagi, ada juga khabar angin mengenai filem cerita ini yang sudah pasti menggembirakan ramai peminat anime dalam kalangan kita!
Akhirnya, sudah tiba bahagian ke-3 bagi musim 4 yang dibawakan khas oleh studio MAPPA untuk menutup cerita ini dengan 9 bab terakhir dalam manga kultus ini. Tarikh keluaran yang tepat masih belum didedahkan, tetapi anda boleh pergi ke laman web Crunchyroll pada tahun 2023 ini untuk menonton kisah penamat kepada salah satu anime paling popular dekad ini, Attack on Titan !

2. Jujutsu Kaisen - Musim 2
Sebagai kesinambungan kepada satu siri anime yang paling popular, Jujutsu Kaisen adalah antara cerita anime best yang akan kembali pada tahun 2023 untuk musim ke-2. Disiarkan buat kali pertama pada tahun 2020, anime jepun itu dengan cepatnya menjadi antara hit terhangat dan sering ditunggu-tunggu oleh peminat siri anime.
Tarikh tontonan yang tepat masih belum diketahui, tetapi terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa ia mungkin akan disiarkan pada Februari 2023! Bagi platform tontonan pula, sekali lagi anda boleh menonton siri ini di Crunchyroll untuk episod musim 2 Jujutsu Kaisen.
Sekuel Attack on Titan dan Jujutsu Kaisen akan, seperti biasa, mengeluarkan pelbagai barangan anime menarik untuk musim baharu ini. Jadi, jangan lupa untuk melayari kami untuk membeli produk anime kegemaran anda! !

3. Tokyo Revengers - Musim 2
Selepas musim pertama dengan 24 episod yang menemui penonton pada tahun 2021, Tokyo Revengers kini akan kembali pada 2023 untuk sekuel pengembaraan Takemichi yang telah lama ditunggu-tunggu oleh para peminat anime Jepun. Untuk pengetahuan anda, komik manganya telah pun berakhir pada bulan November tahun lalu dengan penerbitan jilid ke-31!
Siaran cerita anime ini dijadualkan untuk tayangan pada Januari 2023 di platform Disney+ sesuatu yang tidak dijangka oleh para peminat! Ia dikhabarkan sejurus selepas termeterai perjanjian antara Disney dan Kodansha . Yang pastinya, siri Jepun Tokyo Revengers ini tidak akan menjadi anime popular terakhir yang akan menyertai senarai cerita anime di platform ini, melihat kepada berlakunya penggabungan antara firma Amerika dan syarikat penerbitan Jepun tersebut.

4. Dr Stone (New World) - Musim 3
Selepas 2 tahun menunggu, musim 3 untuk siri anime Dr. Stone akhirnya akan ditayangkan untuk menyampaikan sambungan kisah epik Era Pengembaraan, ataupun, “Age of Explorations”. Adakah kita akhirnya akan dapat mengetahui sebab mengapa berlakunya malapetaka terhadap kaum manusia, yang mengubah mereka menjadi batu?
Untuk mengetahuinya, di lautan itulah di mana Senku dan rakan-rakannya memulakan pengembaraan mereka untuk mencari kebenaran. Semuanya ada diceritakan di dalam musim baru ini! Dijadualkan untuk tayangan pada April 2023, musim 3 Dr. Stone sudah boleh ditonton di Crunchyroll, di mana anda turut boleh menemui episod untuk musim sebelumnya.

5. One Punch Man - Musim 3
Nombor 4 nampaknya menjadi nombor yang digemari oleh pengeluar anime One Punch Man Ini kerana ia mengambil masa 4 tahun antara musim 1 (2015) dan 2 (2019), dan 4 tahun lagi antara musim 2 dan 3 apabila musim 3 dijangka akan dapat ditonton oleh para peminat tegar siri anime Jepun pada tahun 2023!
Tarikh tayangan masih belum diketahui, tetapi dikhabarkan bahawa episod untuk musim terbaharu ini akan ditayangkan pada penghujung tahun 2023. Bagi platform pengedarannya pula, jika Crunchyroll memiliki hak siaran untuk musim 1 dan 2 pada waktu ini, tiada apa yang dapat menghalang Netflix atau Disney+ daripada membeli anime ini memandangkan kejayaannya pada musim pertama dan kedua!

6. Haikyu!! - Final
Sedihnya, salah satu manga sukan paling popular sepanjang zaman akan berakhir tahun ini: filem anime Haikyu!! Dengan tajuk ‘Final’, musim ini akan terdiri daripada 2 bahagian, dan akan berakhir tayangannya pada tahun 2023 ini, selepas 8 tahun penyiaran.
Maklumat pada masa ini masih sangat terhad. Kita perlu menunggu sehingga Ogos 2023 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelancaran musim terbaharu tersebut. Untuk penyiarannya pula, walaupun Wakanim mempunyai hak siaran pada waktu ini, masih ada kemungkinan untuk Crunchyroll menayangkan musim terakhir untuk siri animasi Haikyu!! Final.
Untuk mendapatkan semua barangan anime yang akan dikeluarkan berkaitan dengan musim akhir Haikyu!!, jom kita lihat senarai kedai terbaik kami untuk membeli produk Jepun anda. Dan siapa tahu? Mungkin anda bernasib baik untuk mendapatkan seluloid yang eksklusif untuk anime ini!!

7. Fire Force - Musim 3
Pada 16 Mei 2022, satu pengumuman telah dibuat secara rasmi: Fire Force akan kembali untuk musim ke-3 pada tahun 2023! Anime dengan genre aksi fantasi gelap ini menyaksikan arka Obi's Rescue diadaptasi dalam musim baharu ini, tiga tahun selepas Musim 2 tamat.
Tiada tarikh siaran yang ditetapkan buat masa ini dan platform penyiarannya masih belum diketahui. Maklumat masih terhad, dan kita perlu terus menunggu beberapa bulan untuk mengetahui lebih lanjut! Buat masa ini, anda boleh menonton Fire Force di platform ADN dan Wakanim.

8. Vinland Saga - Musim 2
Selain daripada Attack on Titan dan Jujutsu Kaisen, siri Vinland Saga yang akan diterbitkan oleh studio Mappa akan menemui peminat pada tahun 2023 ini, dengan musim 2 yang ditunggu-tunggu ramai! Musim terbaharu ini menjanjikan kisah yang epik untuk siri manga bersejarah di mana ia diilhamkan oleh kisah hebat Iceland yang membawa kepada penemuan Amerika Utara.
Dijadualkan untuk tayangan pada 9 Januari 2023 di Jepun, musim 2 Vinland Saga akan disiarkan di Crunchyroll dalam siaran serentak, dan kemudiannya akan muncul di Netflix secara luar talian! !

9. Classroom of the Elite - Musim 3
Merupakan sebuah siri popular daripada genre eponim Light Novel Classroom of the Elite akan kembali pada tahun ini dengan musim 3. Jika kita terpaksa menunggu tidak kurang daripada lima tahun antara musim 1 dan 2, tempoh penantian telah berkurangan secara drastik untuk musim baharu anime Light Novel ini, di mana ia akan bermula daripada jilid ke-8.
Diumumkan untuk tayangan pada tahun 2023, tiada tarikh tepat yang didedahkan untuk siri anime thriller psikologi ini, tetapi yang pastinya, ia akan disiarkan di Crunchyroll sekitar bulan September nanti.
Jika anda berminat untuk membeli Light Novel dari Jepun lihat laman web kami !

10. Goblin Slayer - Musim 2
Kami mengakhiri senarai anime Jepun terbaik ini dengan salah satu adaptasi Light Novel yang paling dinanti-nantikan: Goblin Slayer, yang akan kembali untuk musim ke-2 pada tahun 2023!
Pengumuman itu dibuat secara rasmi pada 31 Januari 2021, 4 tahun selepas siaran musim pertamanya. Sudah tentu, tempoh penantiannya memang lama! Dan malangnya, kita masih belum berhenti menunggu, kerana kita masih belum mempunyai sebarang tarikh keluaran rasmi dan belum juga mengetahui apakah platform siarannya. Kita akan mengetahui lebih lanjut mengenai perkara ini pada tahun ini!
Seperti yang anda lihat, tahun 2023 akan meriah dengan pelbagai keluaran musim baharu anime. Ada banyak siri popular yang dinanti-nantikan yang akan muncul semula pada tahun ini, malah ada yang akan menceritakan kisah pengakhirannya! Apa yang pasti, para peminat anime akan mempunyai banyak pilihan cerita anime Jepun terbaik untuk ditonton pada tahun 2023.

Bagaimana untuk beli-belah barangan Jepun dengan ZenMarket??
Adakah anda ingin membeli barangan anime dari siri kegemaran anda secara terus dari Jepun? Jika ya, ZenMarket boleh membantu anda!
ZenMarket ialah platform beli-belah Jepun yang juga dikenali sebagai platform proksi pembelian, iaitu perkhidmatan yang membolehkan anda membeli jutaan produk terbaik secara terus dari laman web Jepun, tanpa perlu pergi ke Jepun atau fasih dalam Bahasa Jepun!
Anda boleh melayari laman web ZenMarket untuk membuat pesanan pembelian bagi barangan dari laman web Jepun:hanya salin URL setiap item yang anda ingin beli dan tampalkannya ke dalam bar carian ZenMarket.
DAFTAR AKAUN BELI-BELAH ZENMARKET
Mula beli-belah anda dengan ZenMarket sekarang !