Carian dihidupkanTukar kedai
Diskaun 8% Kupon RAKUMA: 01/10 00:00 - 07/10 23:59 JST BELI SEKARANG
Promosi terkini dan kupon diskaun Baca
Sejarah carian Kosongkan senarai

Musim Percutian September di Jepun - Silver Week

Musim panas di Jepun sudah berakhir, dan cuaca mula sejuk. Daun hijau akan perlahan-lahan bertukar kepada warna merah, kuning dan oren. Musim luruh kini tiba.

Pada bulan September, Jepun mempunyai dua cuti umum nasional. Artikel ini akan menerangkan cuti tersebut secara ringkas, termasuk tempoh yang dikenali sebagai Silver Week.

 

 

Cuti Umum Jepun pada Bulan September

Cuti pertama ialah Hari Menghormati Warga Emas (敬老の日Keirō no Hi).

Cuti ini disambut pada hari Isnin ketiga bulan September setiap tahun. Ia merupakan hari untuk menghargai warga emas di Jepun serta sumbangan dan pengalaman mereka.

Ilustrasi warga emas bersama kanak-kanak

Ramai orang di Jepun menggunakan hari ini untuk melawat ibu bapa, datuk, nenek atau saudara-mara yang lebih tua. Ada juga yang memberi penghormatan kepada ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

Tahukah anda? Dahulu, warga Jepun yang mencapai umur 100 tahun menerima piring perak khas daripada kerajaan Jepun. Namun, kerana semakin ramai yang mencapai umur tersebut, ia kemudian ditukar kepada piring bersalut perak untuk mengurangkan kos.

Piring perak untuk warga Jepun yang berumur 100 tahun

 

Cuti ini penting kerana warga emas berumur 65 tahun ke atas kini membentuk sekitar 30% daripada populasi Jepun, dan jumlah ini masih meningkat.

 

Cuti kedua ialah Hari Ekuinoks Musim Luruh (秋分の日Shūbun no Hi).

Hari ini menandakan waktu siang dan malam hampir sama panjang. Tarikhnya boleh berubah mengikut tahun, biasanya antara 22, 23 atau 24 September.

Bagi sesetengah orang, ini juga menjadi peluang terakhir untuk menikmati aktiviti luar sebelum cuaca menjadi lebih sejuk. Ada juga yang melawat kuil atau shrine untuk berdoa. Pada masa ini, bunga red spider lily juga mula berkembang.

Bunga red spider lily di Jepun

 

Botamochi, iaitu bebola nasi yang disalut kacang azuki, sering dimakan pada musim ini. Kadang-kadang, anda juga boleh jumpa manisan berinti azuki berbentuk daun momiji musim luruh.

Botamochi

 

 

Apa Itu Silver Week?

Disebabkan tarikh cuti pada bulan September boleh berubah setiap tahun, jarak antara cuti-cuti ini juga berbeza. Dalam sesetengah tahun, cuti tersebut jatuh hampir antara satu sama lain.

Sebagai contoh, jika cuti-cuti ini jatuh dekat dengan hujung minggu, pekerja di Jepun boleh mendapat beberapa hari cuti berturut-turut.

Berikut adalah jadual ketersediaan pihak kurier:

  • Japan Post: Tersedia pada 21–26 Sep dan 28–29 Sep. Tidak tersedia pada 27 Sep.

  • FedEx: Tersedia pada 24–25 Sep dan 28–29 Sep. Tidak tersedia pada 21–23 Sep dan 26–27 Sep.

  • DHL: Tersedia pada 23–25 Sep dan 28–29 Sep. Tidak tersedia pada 21–22 Sep dan 26–27 Sep.

  • UPS: Tersedia pada 24–25 Sep dan 28–29 Sep. Tidak tersedia pada 21–23 Sep dan 26–27 Sep.

  • SF Express: Tersedia pada 24–25 Sep dan 28–29 Sep. Tidak tersedia pada 21–23 Sep dan 26–27 Sep.

  • ECMS: Tersedia pada 22–23 Sep, 25 Sep dan 29 Sep. Tidak tersedia pada 21 Sep, 24 Sep dan 26–28 Sep.

  • OCS: Tersedia pada 25 Sep sahaja. Tidak tersedia pada 21–24 Sep dan 26–29 Sep.

Kalendar September menunjukkan tempoh Silver Week

Ramai orang menggunakan masa ini untuk bercuti, balik kampung atau berehat bersama keluarga.

 

Jadi, kenapa dipanggil Silver Week? Secara ringkasnya, ia dianggap seperti versi lebih kecil kepada Golden Week. Tempoh ini juga memberi kesan kepada aktiviti ekonomi, kerana ramai orang bercuti, membeli hadiah, menonton TV, dan meluangkan masa bersama keluarga.

 

 

Kesan Silver Week kepada Bisnes

Seperti Golden Week, Silver Week boleh menjadi tempoh yang sibuk untuk bisnes di Jepun, terutama bisnes yang menjual kepada pelanggan tempatan.

Namun, apabila ramai staf bercuti pada masa yang sama, operasi boleh menjadi lebih perlahan. Customer service mungkin mengambil masa lebih lama untuk membalas mesej, manakala syarikat penghantaran mungkin mempunyai kurang pekerja dan pemandu.

Walaupun tidak sesibuk Golden Week, Silver Week masih boleh menyebabkan kelewatan kepada sesetengah bisnes.

Kedai tutup di Jepun

Kedai kecil juga mungkin tutup sepanjang cuti dan hanya memproses order selepas cuti berakhir.

 

 

Bagaimana Order ZenMarket Anda Terjejas?

Walaupun ZenMarket sentiasa berusaha memproses order secepat mungkin, cuti Silver Week masih boleh memberi kesan kepada tempoh pembelian, packing dan penghantaran.

Antara faktor yang boleh menyebabkan kelewatan termasuk seller yang lambat menghantar item, syarikat penghantaran yang beroperasi dengan kurang staf, dan jumlah order yang lebih tinggi semasa musim cuti.

Peti pos vintage Japan Post
 

Sesetengah staf ZenMarket juga mungkin mengambil cuti untuk meluangkan masa bersama keluarga. Ini boleh menyebabkan masa respons, packing, dan dispatch menjadi sedikit lebih lama daripada biasa.

Kelewatan juga mungkin bertambah kerana sesetengah syarikat masih sedang mengejar backlog selepas cuti Obon.

Baca juga: BAGAIMANA OBON MEMPENGARUHI SHIPPING?

Kami ingin memaklumkan perkara ini lebih awal supaya pelanggan boleh merancang order dengan lebih baik. Kelewatan mungkin berlaku sepanjang tempoh Silver Week dan beberapa hari selepas cuti berakhir.

Kami akan terus berusaha memproses order secepat mungkin supaya item dari Jepun boleh sampai kepada anda dengan selamat.

Terima kasih atas kesabaran dan pemahaman anda.

 

 

 Sudah daftar akaun ZenMarket? 

Daftar percuma sekarang

Berita| 11/09/2026 |

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular