Sokongan untuk Ukraine CEK RINCIAN untuk menderma.

10 Cosplayer Berbakat Dari Malaysia Yang Perlu Anda Ikuti

Cosplay sebagai cara untuk mengekspresikan diri

Kebanyakan individu pernah merasakan keinginan untuk mempamerkan sisi mereka yang bertentangan dengan keperibadian sebenar mereka. Seperti contoh seorang gadis yang lemah lembut mungkin teringin untuk menjadi lebih lasak, atau seorang lelaki yang pemalu mungkin mahu menjadi lebih mesra.


Persoalan tentang identiti diri biasanya muncul apabila seseorang itu rasa terhalang untuk mengekspresikan diri.

Walau bagaimanapun, bagi seseorang itu untuk menyembunyikan potensi sebenar diri mereka bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana meluahkan perasaan dan menyatakan keinginan dalaman memerlukan keyakinan diri yang tinggi.

Ketakutan adalah salah satu penghalang utama keyakinan diri. Takut melakukan kesilapan, takut nampak bodoh, takut berhadapan dengan orang ramai, takut dikritik, takut hasil kerja tidak cukup baik dan tidak diterima ramai adalah beberapa contoh cabaran yang perlu dihadapi semua orang dalam kehidupan seharian.

Salah satu cara untuk mencabar potensi diri dan menempuhi ketakutan-ketakutan ini, tanpa menjejaskan imej dan identiti sebenar seseorang itu adalah melalui permainan watak seperti cosplay.

 

Cosplay tingkatkan keyakinan diri

Aktiviti costume play atau ‘bermain kostum’ adalah satu aktiviti yang membantu seseorang itu menaikkan tahap keyakinan diri mereka dengan menimba pengalaman, mencari motivasi, mengawal emosi, dan membimbing interaksi sosial serta identiti mereka apabila mereka memainkan watak-watak berbeza.

Cosplay adalah satu bentuk seni berpakaian seperti watak terkenal sama ada watak dari anime, permainan video, buku komik, rancangan TV, filem atau karya sastera. Aktiviti cosplay mengubah orang biasa menjadi watak dalam dunia khayalan, memberi peluang kepada mereka untuk meneroka pelbagai identiti dan personaliti.


Kebanyakan cosplayer akan cuba menyerupai watak pilihan setepat mungkin, tetapi ada juga cosplayer yang memilih untuk membawa kelainan baharu kepada personaliti fiksyen yang mereka mainkan.

Cosplayer menerapkan kreativiti dan identiti sendiri dalam menjelmakan dan memainkan sesuatu watak itu untuk mengubah diri buat sementara waktu, sekali gus menyumbang kepada peningkatan keyakinan diri dan pembangunan kemahiran sosial.

 

Perkembangan budaya cosplay di Malaysia

Di Malaysia, komuniti cosplay semakin berkembang secara perlahan dan berterusan. Walaupun cosplay masih dianggap sebagai pasaran khusus, persepsi rakyat Malaysia terhadap cosplay perlahan-lahan berubah dan kini, acara cosplay bukan sahaja dipersembahkan di konvensyen malah turut diadakan di lokasi-lokasi tumpuan orang awam seperti hotel serta pusat beli belah di bandar-bandar besar.


Animangaki 2019 dipindahkan dari Sunway Pyramid Convention Centre ke lokasi lebih besar. Kredit foto: Citizens Journal

Aktiviti cosplay telah bertapak di Malaysia sejak awal 2000-an di konvensyen peminat yang berkaitan dengan komoditi budaya Jepun. Kebanyakan konvensyen peminat ACG (anime, comic, dan game) di Malaysia melibatkan aktiviti cosplay. Selain penglibatan dalam pertandingan pentas rasmi, pertunjukan fesyen, penggambaran foto, atau lakonan skit, cosplayer juga mempunyai peranan penting di pusat konvensyen sebagai tarikan utama buat pengunjung.

Cosplay mula mendapat tarikan di Malaysia apabila acara anime yang dipanggil Comic Fiesta pertama kali dianjurkan pada tahun 2002, sekali gus menjadi konvensyen ACG yang paling lama dijalankan di Malaysia.

Sebagai negara berbilang kaum, budaya dan agama, Malaysia adalah sebuah negara yang agak konservatif kerana 60 peratus penduduknya beragama Islam. Walaupun sebahagian besar komuniti cosplay didominasi oleh orang Cina, kini sudah menjadi perkara biasa bagi peminat ACG yang beragama Islam untuk turut terlibat dalam aktiviti cosplay<.

Apa yang menariknya, oleh kerana individu beragama Islam dilarang memakai rambut palsu, kebanyakan hijabi cosplayer menggunakan kreativiti dalam mengubah suai tudung mereka untuk kelihatan seperti rambut watak yang dimainkan.


Kredit foto: Reuters

Pada zaman ini, kualiti dan standard fesyen cosplay telah mencapai tahap yang luar biasa dengan kemudahan untuk membeli pakaian, aksesori dan kelengkapan lain dari luar negara melalui laman-laman perkhidmatan beli belah seperti ZenMarket.

Cosplayer juga semakin teliti terhadap perincian untuk menghidupkan watak mereka dengan menggabungkan pelbagai kemahiran baik dari segi penciptaan kostum dan aksesori, solekan, reka bentuk set, suntingan grafik, peragaan, mahupun lakonan.

Dengan populariti platform media sosial seperti Instagram dan TikTok pula, semakin ramai cosplayer dari Malaysia yang bersungguh-sungguh mengetengahkan bakat serta kreativiti mereka. Malah ada yang berjaya mencipta nama hingga ke luar negara. Bagi sesetengah cosplayer, aktiviti ini bukan sekadar hobi yang menyeronokkan tetapi juga satu industri yang dapat menjana pendapatan.

Dalam beribu-ribu penggiat cosplay yang ada di negara ini, di sini kami senaraikan beberapa cosplayer berbakat dari Malaysia yang yang boleh anda ikuti.

 

1. tamagotrash._

Sora adalah pelajar berusia 20 tahun yang aktif dalam cosplay dan turut meminati permainan video. Berikut adalah beberapa cosplay watak dari Jujutsu Kaisen yang dimainkan oleh Sora. 

image
image
image

 

 2. nam_lyuu

Selain aktif bermain kostum, bekas pelajar Unimas ini juga sering dijemput menjadi juri di konvensyen-konvensyen cosplay dan merupakan ketua kumpulan tariannya, Blu' Mars.

image
image
image

 

3. ai_nurul_

Walaupun sudah berumah tangga, wanita berusia 25 tahun ini bertuah mendapat sokongan suami untuk terus melibatkan diri dalam cosplay. Lihat sahaja kecomelannya memainkan watak-watak perempuan dari anime Naruto di bawah.

image

 

 4. kingrusydi

King Rusydi mungkin satu nama yang familiar bagi mereka yang telah lama mengikuti perkembangan cosplay di Malaysia. Lihat persembahan beliau ketika mewakili Malaysia di World Cosplay Summit 2019.

 

5. honeymellona

Hijabi cosplayer yang berusia 20 tahun ini merupakan seorang peminat Genshin Impact dan telah meraih lebih 7 ribu pengikut di Instagram melalui cosplay-cosplay yang dipersembahkannya.

image
image
image

 

6. yukaa_za

Meskipun berwajah comel, gadis dari Perak ini kelihatan sungguh kacak memainkan cosplay watak-watak lelaki. Di bawah adalah buktinya:

image
image
image

 

7. ishi_danny

Ishi mula melibatkan diri dalam aktiviti cosplay pada 2018 dan aktif menyertai konvensyen-konvesyen ACG. Berikut adalah antara cosplay yang dikongsikan Ishi di Instagram.

image
image
image

 

8. aliakuroo

Sekali pandang, pasti ramai yang tidak dapat meneka bahawa cosplayer ini sebenarnya seorang perempuan. Lihat bakat cross player 24 tahun bernama Alia ini memainkan watak-watak lelaki kegemarannya.

image
image
image

 

9. victorique_luna 

Apabila tidak bermain cosplay, gadis berusia 21 tahun bernama Farah ini meluangkan masa dengan menulis doujin. Berikut adalah antara watak-watak dari anime dan permainan video yang dimainkannya.

image
image
image

 

10. sojokunn dan ellaellanie

Pasangan Sojokunn dan Ella berkongsi minat yang sama dan sering bergandingan apabila menyertai acara cosplay. Mereka gemar memainkan watak Naruto dan Hinata.

image
image
image

 

Akhir kata

Dengan bantuan media sosial, pemain-pemain kostum dapat mempamerkan minat dan pengaruh cosplay mereka kepada peminat ACG di seluruh dunia. Sama ada gambar selfie, photoshoot di studio, suntingan video, mahupun posing di konvensyen, usaha cosplayer Malaysia dalam menjadikan watak fantasi sebagai realiti adalah sangat membanggakan. Idea inovatif dan kreativiti yang dipamerkan oleh cosplayer-cosplayer ini membuktikan bahawa budaya cosplay di Malaysia adalah sesuatu yang perlu terus digalakkan dan diraikan.

 

 

~ Penulis ~

Nabilah, pemegang ijazah kewartawanan yang giat dalam dunia fandom. 
Lihat profil

 

 

 

 

Daftar sekarang dan dapatkan 300yen percuma!Pameran barang anime Jepun

 

 

 

Jangan ragu-ragu untuk mengikuti kami ♩

 

 facebook  instagram  twitter

 

 

 

Artikel| 21/12/2021 | AnimeAnime/Manga