Carian dihidupkan, Tukar kedai
10% pulangan untuk Item Rakuten 23 April 16:00 - 27 April 16:00 JST BELI SEKARANG
ULANG TAHUN ZENMARKET KE-10 LIHAT LAGI

Apakah Nendoroid dan Mengapa Ia Sering Menimbulkan Kekeliruan

Nendoroid atau turut dipanggil sebagai nendo, adalah figura anime, manga, siri TV atau filem dalam bentuk chibi (berkepala besar dan berbadan kecil) yang dikeluarkan oleh Good Smile Company (GSC). Figura ini biasanya mempunyai saiz kira-kira 10 cm atau berukuran sebesar tapak tangan. Reka bentuknya yang comel menarik perhatian bukan sahaja bagi pengumpul, tetapi juga mereka yang pertama kali ingin membeli figura.

Menariknya, nendo bukan sahaja comel untuk dipandang, tetapi juga sesuai digunakan untuk bermain.

Setiap nendoroid dilengkapi dengan bahagian yang boleh ditukar ganti seperti faceplate dengan pelbagai ekspresi, body parts seperti lengan atau kaki untuk melakukan pelbagai pose, serta bahagian tambahan seperti senjata dan action effect. Dengan semua ciri-ciri itu, watak kegemaran anda boleh kelihatan teranimasi dengan pelbagai pose dan ekspresi yang disediakan.

 

Nendoroid Satoru Gojo, Itadori Yuuji dan Fushiguro Megumi dari Jujutsu Kaisen

 

1. Nendoroid More & Nendoroid Playset

Bagaimana jika ekspresi yang anda inginkan tidak disediakan dalam faceplate yang diberikan? Bagaimana pula jika anda ingin melihat watak kegemaran anda memakai pakaian lain?

GSC memahami keperluan anda itu dengan menyediakan pelbagai bahagian tambahan dalam Nendoroid More, seperti:

 

1.1 Faceplate dengan pelbagai ekspresi.

nendoroid faceplate

 

1.2 Accessories parts untuk membuatkan patung kelihatan teranimasi.
nendoroid accessories

 

1.3 Dress Up, iaitu pakaian yang sedia terlekat pada bahagian badan nendoroid
nendoroid dress up

1.4 Extension Set, iaitu bahagian tambahan khas bagi watak tertentu, contohnya Iron Man Mark 50 Extention Set.
nendoroid extension set

1.5 Latar & Aksesori Lain

Masih terdapat banyak peralatan tambahan nendo yang ditawarkan dalam kategori Nendoroid More seperti kereta kebal, robot dan kelengkapan lain.

Setelah nendo dan peralatan tambahannya siap, bagaimana pula jika anda ingin menghidupkan adegan dengan suasana yang kelihatan lebih teranimasi? Tiada hal, kerana Good Smile Company juga ada mengeluarkan diorama nendo yang dipanggil Nendoroid Playset. Semakin lengkap aksesori, semakin koleksi nendo anda kelihatan teranimasi.

nendoroid playset

 

2. Nendoroid Doll

Boleh dikatakan cara untuk bermain dan berhibur dengan nendo tiada batasnya. Apa sahaja rancangan dan idea-idea kreatif yang difikirkan pengumpul nendo dapat dipermudahkan dengan Nendoroid Doll.

Bahagian Nendoroid Doll terdiri daripada:

2.1 Nendoroid Doll archetype

Iaitu badan nendo yang mempunyai lebih banyak sendi agar dapat diposisikan dalam pelbagai pose yang diingini. Sebelum membeli, pastikan warna kulit badan yang akan anda sambungkan dengan kepala watak kegemaran anda adalah sama. Nendoroid Doll juga terdapat dalam bentuk badan mengikut jantina iaitu man, woman, boy dan girl.






2.2 Customizable Head

Iaitu kepala dengan faceplate kosong bagi anda yang ingin membuat sendiri ekspresi yang anda inginkan.Bahagian kepala ini juga boleh didapati dalam pelbagai warna kulit. Pastikan warna kulit yang anda inginkan sesuai sebelum membeli.



2.3 Outfit Set

Iaitu pakaian yang diperbuat daripada kain yang mudah ditanggalkan dan dipasang pada nendo. Dengan Nendoroid Doll: Outfit Set, lebih banyak pakaian yang menarik boleh digayakan oleh watak kegemaran anda.

 

3. Jenis & Kelebihan Nendoroid

3.1 Nendoroid Petite

Selain nendo saiz biasa, terdapat Nendoroid Petite dengan saiz lebih kecil iaitu 6.5 cm.


Beberapa perbezaan antara nendoroid biasa dengan Nendoroid Petite:

  1. Saiz yang lebih kecil.
  2. Bilangan faceplate adalah lebih sedikit. Kebanyakan Nendoroid Petite hanya memiliki satu faceplate. Walau bagaimanapun, beberapa keluaran terbaharu mempunyai dua faceplate.
  3. Pergerakan yang terhad. Biasanya hanya lengan nendo sahaja yang boleh digerakkan.

Namun begitu, Nendoroid Petite mempunyai beberapa kelebihan iaitu:

  1. Harga yang lebih murah daripada nendoroid biasa, jadi ia lebih senang untuk dikumpulkan.
  2. Mudah dibawa ke mana-mana untuk menemani hari-hari anda.
  3. Bahagian badan yang boleh diganti lebih kurang sama dengan bahagian badan nendoroid biasa.


Bagi anda yang ingin melengkapkan ke semua koleksi watak dari siri kegemaran anda, kini anda lebih mampu memilikinya dengan Nendoroid Petite.

 

3.2 Nendoroid Swacchao!

Nendoroid Swacchao! adalah sejenis nendo dengan posisi duduk di atas kerusi yang boleh dipamerkan di atas meja atau di tepi perabot. Kaki kerusi boleh diletakkan ke belakang, membenarkan Nendoroid Swacchao! diletakkan di tepi kabinet atau monitor PC.

beli nendoroid dari Jepang

Ada beberapa perbezaan antara nendoroid biasa dengan Nendoroid Swacchao!:

  1. Posisinya yang dalam keadaan duduk
  2. Bahagian yang boleh digerakkan adalah terhad, biasanya hanya bahagian lengan. Posisi badan dan kaki adalah tetap dan tidak boleh digerakkan.

Namun begitu, terdapat beberapa kelebihan Nendoroid Swacchao!, iaitu:

  1. Saiz Nendoroid Swacchao! adalah sama dengan Nendoroid biasa, jadi kepala, badan, dan lengan boleh ditukar.
  2. Good Smile Company juga ada menjual bahagian kaki yang dipasang pada kerusi Nendoroid Swacchao! secara berasingan.


Jika anda sudah mempunyai watak nendo kegemaran anda, anda hanya perlu membeli bahagian Swacchao Nendoroid! sahaja agar anda dapat mempamerkan nendo anda di mana-mana.

 

4. Senarai Pre-order Nendoroid Ogos - September 2021

Berikut adalah nendo yang anda boleh pre-order dari bulan Ogos - September 2021:

Butiran lanjut boleh disemak di sini.

 

5.Istilah yang Perlu Diketahui apabila Membeli Nendoroid

PO (Pre-order)

Membuat pesanan sebelum barang ada dalam stok, bermaksud pesanan akan dihantar apabila ia sudah tersedia atau available.

Available / Ready stock

Barang yang telah tersedia atau available di kedai.

Rerelease

Barangan yang dikeluarkan semula oleh pengeluar kerana mendapat permintaan yang tinggi.

MISB
(Mint in Sealed Box)

Maksudnya barang adalah baru, dan kotak masih tertutup dengan pelekat dari kilang pengeluar.

MIB (Mint in Box)

Maksudnya kotak telah dibuka untuk kandungannya disemak. Barang-barang ini kadangkala boleh dianggap sebagai BIB bagi segelintir individu, contohnya seperti permainan yang telah digunakan untuk penggambaran.

BIB (Back in Box)

Maksudnya barang telah digunakan dan dikembalikan ke dalam kotak. Jika anda membeli barangan BIB, pastikan semua bahagian lengkap dan tiada bahagian yang rosak sebelum membuat transaksi.

LOOSE

Maksudnya barang tanpa kotak. Jika anda ingin membeli loose item, sangat digalakkan untuk mendapatkan kepastian sebelum membuat transaksi. Periksa bahagian apa yang ada pada permainan, dan sama ada terdapat mana-mana bahagian yang hilang atau rosak.

Pastikan anda memahami perkara ini sebelum membeli-belah.

 

Akhir Kata

Nendoroid adalah figura dengan begitu banyak fungsi dan cara untuk digunakan. Pelbagai ekspresi, pose dan pakaian boleh menghiasi watak kegemaran anda. Anda boleh mengumpulkannya di dalam kabinet kaca, mempamerkannya di atas meja anda atau mengambil gambar untuk menceriakan hari anda. Walaupun dengan nendoroid terkini, anda boleh mempamerkannya di mana-mana dan membawanya ke mana sahaja anda pergi.

Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang cara untuk membeli nendoroid dari Jepun, sila semak halaman FAQ atau hubungi kami melalui tab mesej pada akaun ZenMarket anda dan akaun media sosial Zenmarket.

 

Ditulis oleh: Balsa (Indonesia)

Seorang psikolog klinis dan penggemar anime manga. Relate dengan pribadi pahit Uramichi, hobi solo screaming karaoke di kala stres ala Retsuko, & bertanggung jawab tinggi seperti Nanami. Usaha mewujudkan mimpi dalam realita membawanya untuk terus menjalani proses healing dan belajar menertawakan hidup.

Artikel telah diedit oleh ZenMarket menjadi lebih simpel, bagi yang tertarik untuk membaca artikel asli secara terperinci silakan hubungi penulis melalu LinkedIn beliau pada link diatas.

 

~ Penterjemah ~

Nabilah, pemegang ijazah kewartawanan yang giat dalam dunia fandom. 
Lihat profil

Artikel| 07/12/2021 | AnimeAnime/Manga

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular