Carian dihidupkan, Tukar kedai
10% pulangan untuk Item Rakuten 23 April 16:00 - 27 April 16:00 JST BELI SEKARANG
ULANG TAHUN ZENMARKET KE-10 LIHAT LAGI

Protective Gear - Jenis Protective Gear Yang Sering Digunakan Di Negara Kita

Protective Gear - bagi yang bekerja sudah pasti terikat dengan SOP yang telah ditetapkan oleh syarikat.

Ini supaya kita menjadi seorang pekerja yang berdisiplin dan untuk mengelakkan dari berlakunya masalah yang boleh memberikan kesan buruk kepada diri dan juga tempat kita bekerja.

Disebabkan itu, bagi kerja yang berisiko tinggi seperti kerja yang hanya dengan kesilapan yang kecil, boleh membuatkan diri kita cedera atau menyebabkan kehilangan nyawa, sememangnya diwajibkan untuk memakai pakaian perlindungan diri.

 

 

Pakaian Pelindung Diri Wajib Dipakai Sewaktu Sedang Bekerja

Setiap industri, terutama sekali, industri berat mempunyai pakaian perlindungan diri yang wajib dipakai oleh pekerja sewaktu sedang bekerja.

Kelulusan Kelengkapan Pelindung Diri (KPD) merupakan salah satu kehendak dan keperluan dalam Akta Kilang dan Jentera 1967, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Peraturan-peraturan tersebut dapat dirujuk pada Perundangan KPD.

Justeru itu, ia satu kewajiban kepada pekerja untuk sentiasa menggunakan protective gear ini dan jika tidak menggunakannya mereka boleh dikenakan tindakan yang tegas. 

Salah satu sebab kenapa perlu menggunakan protective gear setiap kali waktu bekerja adalah untuk mengelakkan dari berlakunya kemalangan di tempat kerja yang seterusnya boleh merugikan diri kita kerana tidak dapat mencari rezeki .

 

 

Setiap Industri Mempunyai Pelbagai Protective Gear Berbeza Yang Digunakan

Pada masa ini setiap industri mempunyai protective gear yang berbeza dan perlu digunakan setiap kali waktu bekerja. Protective gear yang digunakan juga berbeza mengikut keperluan dan risiko yang dihadapi dalam industri tersebut.

Lagi tinggi risiko yang bakal mereka hadapi, lagi banyaklah protective gear yang perlu digunakan untuk melindungi diri dan mengelakkan dari berlakunya kemalangan yang terjadi di tempat kerja.

Jika sebut mengenai protective gear, ada bermacam protective gear yang sering digunakan. Malah, ada juga pakaian perlindungan diri yang sering kita nampak pekerja pakai sehingga ia menjadi salah satu pakaian perlindungan diri yang sangat terkenal dalam negara kita. Jom kami terangkan jenis-jenis protective gear yang sering digunakan dalam industri pekerjaan di Malaysia. Antaranya ialah:

 

 

1- Topi Keselamatan

Bagi yang bekerja dalam industri berat atau melibatkan tempat yang mempunyai risiko yang tinggi, topi keselamatan adalah antara benda yang perlu ada dan wajib dipakai.

Terutama sekali, apabila melibatkan kerja di kawasan pembinaan dan kilang. Sebab apa topi keselamatan perlu dipakai?

Ia adalah bertujuan untuk melindungi kepala kita daripada terkena sebarang objek yang boleh menyebabkan kepala mengalami kecederaan. Selain itu juga, ia untuk melindungi kecederaan yang serius pada kepala akibat jika terjatuh atau berlaku hentakan.

Untuk industri pembinaan bangunan, ada bermacam warna topi keselamatan yang telah ditetapkan. Ia membezakan pangkat seseorang itu yang datang melawat tapak pembinaan tersebut. Tidak kiralah sama ada buruh mahupun pegawai atasan semua wajib memakai topi keselamatan setiap kali melawat tapak pembinaan.

Dapatkannya dari Jepun di sini.

 

2- Safety Boot 

Safety boot juga merupakan salah satu protective gear yang sering digunakan dalam industri pekerjaan di negara kita. Sekarang safety boot mudah untuk didapati di semua kedai kasut mengikut bajet dan jenama yang kita mahukan. Safety boot juga merupakan salah satu peralatan keselamatan yang wajib digunakan di tempat kerja bagi kebanyakan industri di negara kita.

Disebabkan itu, ada bermacam-macam jenis safety boot yang dijual di pasaran Malaysia. Setiap safety boot yang dijual di pasaran Malaysia mempunyai kegunaan yang berbeza mengikut industri yang menggunakannya. Apa kelebihan safety boot berbanding dengan kasut biasa?

Safety boot biasanya mempunyai lapisan yang keras di bahagian hadapan kasut. Bukan itu sahaja, kebanyakan kasut safety boot mempunyai tapak yang cengkam dan keras. Ia bertujuan untuk mengurangkan kemalangan di tempat kerja. Ia dapat mengelakkan kita daripada terjatuh, atau kaki tercedera akibat terkena objek tajam dan sebagainya.

Dapatkannya dari Jepun dengan design paling bergaya di sini.

 

3- Sarung Tangan Keselamatan

Sarung tangan keselamatan juga merupakan salah satu peralatan keselamatan yang selalu dan wajib digunakan di beberapa industri dalam Malaysia. Sarung tangan keselamatan biasanya diperbuat daripada getah tebal yang tahan lasak dan kalis haba.

Justeru itu, sarung tangan keselamatan ini berfungsi dan digunakan untuk melindungi tangan kita daripada mengalami kecederaan terutama sekali sewaktu memegang peralatan panas.

Selain itu, ia juga dapat digunakan sewaktu memegang peralatan tajam, mengelakkan dari terkena gegaran, kesejukan dan dari terkena tumpahan bahan kimia. Kesemua risiko ini boleh memberikan kesan yang buruk kepada tangan dan boleh menyebabkan kecederaan yang serius.

Dapatkannya dari Jepun di sini.

 

 

4- Mask

Ini adalah antara peralatan perlindungan diri yang sangat popular dan sedang digunakan dengan sangat meluas pada masa kini terutama sekali sewaktu penularan wabak Covid-19 yang sedang berleluasa sekarang ini.

Mask berfungsi melindungi daripada terhidu habuk, bahan kimia yang berbahaya dan pelbagai lagi. Selain itu, pada waktu sekarang ini juga mask wajib digunakan untuk mengelakkan dari terkena jangkitan wabak covid-19.

Ada bermacam jenis mask yang dijual dalam negara kita dan ia mempunyai pelbagai kegunaannya dan merupakan salah satu peralatan perlindungan diri yang sangat penting yang selalu digunakan dalam banyak industri termasuklah industri makanan.

Dapatkannya dari Jepun di sini.

 

 

5- Jaket Keselamatan

Jaket keselamatan juga merupakan antara pakaian keselamatan yang sering digunakan. Dengan adanya jaket keselamatan, ia membantu orang lain melihat seseorang itu di dalam gelap. Ia secara tidak langsung membantu dalam mengelakkan dari berlakunya kemalangan.

Ini kerana, jaket keselamatan mempunyai fabrik yang boleh memantulkan cahaya apabila terkena lampu. Disebabkan itulah ada juga pekerja yang perlu memakai dan menggunakan jaket keselamatan sewaktu bekerja. Kebiasaannya, yang menggunakan jaket keselamatan ini adalah mereka yang bekerja dalam sektor keselamatan seperti pengawal keselamatan

Dapatkannya dari Jepun di sini.

 

 

Pakaian Perlindungan Diri Amat Penting Buat Mereka Yang Bekerja

Kesimpulannya, kewujudan pakaian keselamatan diri bukan hanya untuk dijadikan sebagai uniform semata-mata tetapi diwujudkan untuk membantu melindungi diri kita sewaktu sedang bekerja. Secara tidak langsung, ia dapat mengelakkan dari berlakunya kemalangan.

Disebabkan itulah, bagi mereka yang bekerja dalam industri berisiko diwajibkan untuk menggunakan pakaian perlindungan diri yang telah ditetapkan oleh syarikat masing-masing dan ia juga ada disebut dalam akta sebagai salah satu perkara yang wajib bagi mereka yang bekerja.

Justeru itu, kita tidak boleh sesekali memandang rendah dan tidak mengambil berat mengenai pakaian perlindungan diri. Jika kita mengabaikan mengenai kepentingannya, ia akan menyebabkan diri kita terdedah kepada bahaya yang seterusnya boleh menyebabkan berlakunya kemalangan sewaktu bekerja nanti.

Bagi anda yang mahu mencari produk keselamatan yang berkualiti, dapatkannya langsung dari Jepun tanpa perlu berangkat ke Jepun! Gunakan laman web ZenMarket sekarang untuk semua produk berkualiti dan original!

 


~ Penulis ~
Yusuf Ahmad, Freelance Writer

 

 

 

 
 

 

Jangan ragu-ragu untuk mengikuti kami ♩

 

 facebook  instagram  twitter

Artikel| 24/09/2021 |

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular