Carian dihidupkanTukar kedai
Jimat Sehingga 15% untuk Penghantaran Music Store 09/08 00:00 - 09/29 23:59 JST Beli
10% OFF Kedai Terpilih 09/01 00:00 - 09/14 23:59 JST BELI
Sejarah carian Kosongkan senarai

5 Produk Keluaran Jepun Yang Mesti DiBeli

Produk Keluaran Jepun- Bila sahaja menyebut tentang negara Jepun, sudah pastilah kita mula terbayangkan keindahan matahari tersebut. Jepun merupakan sebuah negara maju yang terkenal dalam dunia. 

Ekonomi Jepun semakin meningkat sehingga menjadi sebuah negara maju bukan sahaja di dunia tetapi juga di rantau Asia sehingga menjadi salah sebuah negara terpenting bagi ekonomi Asia.

Jepun Banyak Mengeluarkan Barangan Yang Berkualiti Tinggi

Sejak dahulu lagi, Jepun memang terkenal sebagai negara yang mengeluarkan produk yang berkualiti tinggi. Produk yang dihasilkan dari Jepun pastinya mendapat permintaan yang tinggi dan sering menjadi pilihan kebanyakan pengguna di seluruh dunia.

Tidak kiralah, sama ada automotif, teknologi, gajet, fesyen, barangan elektronik ataupun produk kosmetik, produk Jepun yang berkualiti tetap menjadi pilihan utama ramai pengguna terutamanya pengguna di Malaysia.

Terdapat juga produk keluaran syarikat Jepun yang mungkin sudah tidak dikeluarkan sekarang tetapi terdapat sesetengah pengguna yang sanggup mencarinya lagi walaupun ia dalam kondisi terpakai. Oleh sebab itu, barang terpakai atau second-hand dari Jepun telah menerima sambutan hangat daripada pengguna di Jepun dan luar negara. Biasanya, pengguna dapat mencari barang terpakai atau barang rare yang berkualiti dari laman web JDirectItems Auction.  

Produk Keluaran Jepun Yang Selalu Menjadi Pilihan Utama Pengguna Malaysia

Di negara kita, produk keluaran Jepun adalah antara produk yang selalu dicari dan dibeli oleh pengguna. Jom kami senaraikan produk keluaran Jepun yang menjadi pilihan popular rakyat Malaysia. Antaranya ialah:

 

1. Jam Tanganjam g-shock

Tidak dapat dinafikan, jam tangan merupakan antara gajet yang sangat trending di Malaysia. Salah satu jenama jam yang tengah trending di Malaysia ialah jam berjenama Casio iaitu model G-Shock.

G-Shock menjadi kegilaan bagi rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, umur, mahupun jantina. Setiap kali G-Shock mengeluarkan modelnya yang terbaru ia sentiasa mendapat permintaan yang sangat tinggi sehingga ia kehabisan stock. 

Bagi peminat jam tangan di Malaysia, sudah pastilah mereka tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan model terkini G-shock terutama sekali model G-Shock “Limited Edition”.

Jangan terkejut kalau kami katakan ada juga peminat jam di Malaysia sanggup mengeluarkan modal yang besar dan sanggup mengumpul pelbagai koleksi jam G-Shock terutama sekali koleksi “Limited Edition”. Sebelum penularan wabak Covid-19, ada yang sanggup terbang terus ke Jepun untuk mendapat G-Shock original Set Jepun.

Dengan kemajuan ekonomi, anda dapat Beli G-Shock Japan Set terbaru langsung dari Jepun online di sini.

 

2. Kereta dan Spare Part Keretajenama kereta dan spare part kereta jepun

Selain daripada jam tangan, satu lagi produk keluaran Jepun yang menjadi kegilaan orang ramai ialah kereta. Tidak dapat dinafikan, di negara kita, terdapat bermacam-macam jenama kenderaan dan juga model kereta sama ada keluaran Eropah ataupun keluaran Jepun.

Namun begitu, kereta keluaran Jepun tetap menjadi pilihan popular rakyat Malaysia. Sebab apa kereta model keluaran Jepun lebih menjadi pilihan??

Hal ini adalah kerana kereta keluaran Jepun lebih tahan lasak, mempunyai harga yang berpatutan, dan alat gantinya mudah dicari. Disebabkan itulah, kereta keluaran model menjadi kegilaan ramai walaupun dalam keadaan terpakai.

Malah, ada model kereta Jepun yang sudah tidak dikeluarkan lagi tetapi masih dicari oleh peminat kereta yang sanggup mengeluarkan modal yang besar walaupun harga kereta tersebut mungkin mahal kerana model “rare”.

Spare part kereta atau barang ganti kereta juga merupakan barang popular yang sering dicari oleh pengguna Malaysia. Terdapat ramai orang yang membeli spare part kereta terpakai dari Jepun seperti sport rim, tayar, headlight, stereng, speaker dalaman dan speaker luaran. Antara laman web online popular yang sering digunakan untuk mencari barang ganti kereta terpakai dari Jepun ialah JDirectItems Auction dan Croooober.

3. Peralatan Elektrik Dan Elektronikeletrik dan eletronik

Peralatan elektrik dan elektronik adalah antara produk keluaran Jepun yang terkenal dan sering digunakan di Malaysia. Jika dilihat di pasaran Malaysia, pelbagai jenama barangan elektrik dan elektronik dari Jepun ditawarkan seperti Panasonic, Hitachi, Mitsubishi Electric, Fujitsu, JVCKenwood dan banyak lagi.

Tidak dapat dinafikan bahawa peralatan elektrik dan elektronik dari Jepun mempunyai kualiti yang sangat tinggi. Bukan itu sahaja, barangan elektrik dari Jepun juga diiktiraf antara barangan yang selamat untuk digunakan dan mendapat kelulusan. Ada juga barangan elektrik ini yang merupakan barangan cekap tenaga.

Dapatkan barang elektronik dari Jepun di sini.

Selain itu, kamera merupakan salah satu produk keluaran jepun yang juga mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat Malaysia terutama sekali jurukamera dan peminat fotografi.

Model kamera Jepun yang terkenal dan selalu menjadi pilihan di pasaran Malaysia adalah seperti, NIKON, CANON, FUJIFILM, SONY, PENTAX, OLYMPUS, PANASONIC, SIGMA dan LEICA. Bagi mareka yang tidak tahu, kamera jenama yang disebutkan tadi sebenarnya boleh dibeli dengan harga yang murah dan yang paling penting, model original boleh didapatkan di kedai-kedai kamera Jepun. 

Beli kamera branded dan antik langsung dari di sini.

Bukan itu sahaja, audio device juga sebenarnya antara produk keluaran Jepun yang menjadi pilihan masyarakat di Malaysia. Peralatan audio antara gajet dan alatan elektronik yang banyak digunakan di Malaysia.

Antara peralatan audio yang sering digunakan adalah seperti, earphone, wireless earphone, headphone, portable Speaker dan juga speaker. Bagi mereka yang bergelar gamers, Headphone atau earphone sudah pastilah antara peralatan audio yang sangat diperlukan untuk memudahkan komunikasi dengan pemain lain.

Anda juga boleh mendapatkannya langsung dari Jepun di sini

4. Barang Hobi (Anime dan Game)anime figura

Jepun yang terkenal dengan industri anime dan hobi merupakan destinasi beli-belah popular dalam kalangan peminat anime, cosplay dan pemain game. 

Untuk peminat anime dan manga, Jepun merupakan syurga untuk mendapatkan barang action figure, nendoroid, buku manga, fan book dan lain-lain lagi. Biasanya, peminat anime dan manga boleh mendapatkan barangan hobi daripada kedai Jepun seperti Animate, Surugaya, Jump Shop dan Bandai. 

Bagi peminat game pula, Jepun telah menawarkan pelbagai game console dan kad trading yang menerima sambutan hangat dalam kalangan pemain game. Sejak kebelakangan ini, game nintendo switch, PS5 dan Xbox  telah menjadi item popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Terdapat juga golongan masyarakat yang merupakan peminat koleksi Kad Trading Pokemon dan Kad Trading Yu-Gi-Oh

Anda boleh carikan barangan hobi anime dan game di sini.

5. Peralatan Hobi Sukan (Alat Memancing dan Golf) 

 alat memancing jepun

Sebenarnya, pelbagai jenama alat olahraga dan pakaian sukan terkenal di dunia berasal dari Jepun. Antaranya adalah seperti Mizuno, ASICS, Honma Golf, Alat Pancing Shimano, Daiwa, Abu Garcia dan banyak lagi. 

Alat memancing Shimano dan Daiwa seperti gelendong ataupun fishing reel, joran dan umpan merupakan item popular yang dibeli oleh peminat memancing di Malaysia. Biasanya, peminat memancing boleh dapatkan fishing reel secara pukal dari JDirectItems Auction dengan harga yang murah. 

Anda juga boleh mencarikan barang hobi sukan dari Jepun di sini

Jepun Terkenal Sebagai Pengeluar Barangan Berkualiti Tinggi

Produk dari Jepun sentiasa menjadi pilihan masyarakat Malaysia kerana produk yang berkualiti dan tahan lama.

Bagi anda yang mahu mendapatkan barangan original terus dari Jepun, kini anda sudah boleh mendapatkannya terus dari Jepun secara online melalui website rasmi ZenMarket.

~ Penulis ~
Yusuf Ahmad, Freelance Writer

Hubungi kami di Media Sosial

 

Adakah anda telah mendaftar di ZenMarket?
ZenMarket adalah tempat untuk mendapatkan barang-barang secara langsung dari Jepun! 

Daftar akaun PERCUMA sekarang

Artikel| 09/09/2021 | teknologpopularbudaya popular

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular