PROMOSI RAKUTEN!CASHBACK 5% UTK ITEM RAKUTEN SEE MORE

Periuk Nasi Jepun! Berbaloi ke untuk beli?

 

Nasi merupakan bahagian besar yang sangat diperlukan dalam diet orang Malaysia, bukan? Walau di mana sahaja, lega apabila dapat memakan nasi dengan lauk yang sedap, dan mungkin ia satu sifat orang kita yang mahu makan nasi walau dimana kita berada.

 

Sudah tentu, ramuan nasi itu penting, tetapi sebenarnya periuk nasi yang memasak dengan enak itu juga penting! Banyak kali periuk nasi lama dan sederhana telah mengecewakan kita dengan pelbagai masalah. Kalau bukan mengambil berjam-jam untuk masak, kadangkala nasi tidak cukup masak atau tidak masak langsung. Kemudian, butiran nasinya pula akan melekat pada periuk dan susah untuk dibasuh keluar.

 

Sebenarnya masalah-masalah ini tidak pernah berlaku dengan periuk nasi Jepun. Seperti Malaysia, Jepun merupakan antara negara yang makan nasi sebagai sumber makanan utama mereka. Nasi yang lazat tentu saja menjadi pilihan makanan orang Jepun, dan salah satu faktor disebalik keenakannya adalah prestasi tinggi periuk nasi mereka.

 

Periuk nasi dijual di banyak negara, tetapi tiada yang setanding dengan periuk nasi buatan Jepun. Pelancong yang datang ke Jepun juga ramai yang membelinya sebagai cenderahati.

 

Dalam artikel ini, kami akan memperkenalkan ciri-cii periuk nasi Jepun dan 8 model periuk nasi yang dipilih dengan teliti (model antarabangsa), yang boleh digunakan di negara lain!

 

 

 

 

Perlu Ke Periuk Nasi Yang Mahal?

 

Soalan yang sangat logikal. Periuk bawah RM100 boleh dijumpai dengan senang di mana-mana kedai elektronik dan cukup untuk memasak nasi yang mengenyangkan. Sebenarnya orang Malaysia tidak begitu kesah dengan kondisi nasi yang dimakan dan kalau nasi tersebut hampir rosak, terus akan dicampakkan ke dalam kuali untuk dijadikan nasi goreng. 

 

Jadi kenapa perlu periuk nasi yang mahal dari Jepun?

 

Pasti akan ada yang berpendapat bahawa periuk dengan penutup sudah mencukupi, dan itu memang benar-benar sah. Tetapi bagi mereka yang sentiasa perlu memasak nasi, sama ada untuk keluarga atau kerja, periuk nasi yang tahan lama, berkualiti dan tidak perlu diasuh sepanjang masa memasak adalah penjimatan keseluruhan. Tetapi orang Malaysia tidak mengetahui beza antara periuk yang selalu dilihat di kebanyakkan rumah, berbanding dengan periuk nasi yang dicipta dengan faktor "kualiti". Apakah maksud periuk yang "berkualiti"?

 

Oleh sebab tidak tahu perbezaan, ramai yang tidak dapat memikirkan jawapan. 

 

Di bawah merupakan video yang membandingkan periuk nasi yang berharga $350(RM1440±) dan $40(RM165±). Yang diuji hanyalah kualiti hasil akhir sahaja, menggunakan jumlah beras dan air yang sama, dan fungsi memasak asas yang sama untuk kedua-dua mesin. Sesungguhnya ia bukanlah pembelian yang menyesalkan!

 

Bagaimana Perbandingan Periuk Nasi $350 dengan Versi $40?

 

 

 

  

Periuk Nasi Jepun Sangat Berkualiti!

 

Sebenarnya periuk nasi sekarang boleh dibeli dengan mudah di mana-mana negara, tetapi agak sukar untuk menghasilkan beras yang berkilat dan lembap, kerana nasi akan melekat dengan teruk pada periuk dan menjadi kering kerana terlalu panas.

 

Apa yang membezakan periuk nasi Jepun dengan negara lain?

 

Di Jepun, mereka selalu mengutamakan kualiti terlebih dahulu. Di samping itu, iklim dan suhu sentiasa berubah-rubah di Jepun, jadi penyesuaian pemanasan yang dirancang dengan baik adalah mustahak. Hasilnya, mereka menggunakan bahan berkualiti dan berusaha mengembangkan teknologi yang lebih baik.

 

Di negara lain, keutamaan adalah prestasi kos. Ini bermaksud bahawa produk perlu dibuat dengan kos yang lebih rendah dengan fungsi yang lebih sedikit, walaupun ia dihasilkan oleh syarikat yang sama. Jadi senang untuk memahami bahawa orang yang mahukan produk berkualiti lebih baik akan mencari tanda "Made in Japan".



Periuk nasi yang dibuat di Jepun bukan sahaja mempunyai prestasi yang tinggi, ia boleh membuat tetapan secara terperinci, membolehkan anda untuk memasak nasi yang segar, berisi dan enak. Terdapat pelbagai harga, dari model yang dalam kisaran 10,000yen lebih hingga model mewah yang harganya lebih dari 100,000yen, jadi senang untuk memilih yang sesuai dengan situasi anda.



Oleh kerana beras adalah makanan utama Jepun, pengilang Jepun adalah profesional dalam membuat periuk nasi. Walau yang mana pon model yang anda beli, ia pasti akan memasak nasi yang enak tanpa kegagalan!

 

Apabila anda membeli peralatan, pastikan memeriksa jaminan dan perkhidmatan selepas penjualan.

 

 

  

Adaptor penting untuk menggunakan periuk nasi Jepun di negara lain!

 

Satu perkara yang perlu diingat adalah bahawa jika anda ingin menggunakan periuk nasi dari negara lain, anda biasanya memerlukan adaptor. 


Di Jepun, bekalan kuasa standard adalah 100V, tetapi di Malaysia, 240V (walaupun penarafan rasmi ialah 230V) adalah standard. Kerana terdapat perbezaan ini, pastikan anda menyediakan adaptor sebelum menggunakan periuk nasi Jepun, atau apa-apa peralatan elektrik dari negara lain jika diperlukan.


Barulah kita dapat memasak nasi yang lazat dengan selamat ♩

 

 

  

8 Model Periuk Nasi Jepun Dengan Tulisan Bahasa Inggeris 

 

Periuk nasi buatan Jepun boleh didapati dari pengeluar perkakas rumah dengan pelbagai fungsi. Walaupun menggunakan beras yang sama, sejauh mana nasi dimasak berbeza mengikut kepada periuk nasi

 

Walaubagaimanapon, isu paling besar adalah semua botang di atas periuk nasi di dalam bahasa Jepun

 

Dengan ini, kami akan memperkenalkan 8 periuk nasi yang disyorkan oleh pengeluar Jepun yang mempunyai arahan dalam Bahasa Inggeris! Maaf, Bahasa Melayu hanya menjadi harapan jauh. Kami juga menerangkan pelbagai ciri dan perkara menarik untuk setiap periuk nasi, jadi sila bandingkan dan pertimbangkannya dengan teliti!

 

 

 


  

【1】HITACHI Periuk Nasi Tekanan & Steam IH 5.5 Cawan [RZ-W2000Y-W]

 

Periuk ini mempunyai teknologi 'Tekanan & Wap' Hitachi, periuk cast iron, dan teknologi botol termos. "Tekanan & Wap" asli Hitachi ini menghasilkan wap di bawah tekanan secara merata pada suhu tinggi. Walaupun menggunakan sistem wap, anda tidak perlu menambahkan air lebih atau bimbang wap akan merosakkan dinding sekitarnya. Kaedah pemanasan dua peringkat merupakan pemanasan bahagian tengah dengan cepat dan kemudian pemanasan bahagian sisi perlahan-lahan dengan jeda waktu, dan juga mengaplikasikan berat struktur ketebalan bahagian dinding bawah dan sisi [panci besi penggerak].

 

HITACHI RZ-W2000Y-W (5.5 cawan)

  • JPY 39,000yen~
  • Ringkasan: Periuk nasi pemanasan induksi dengan periuk cast iron dan sistem pemanasan dua peringkat tekanan dan wap
  • AC: 220-230V
  • Paparan LCD: Bahasa Inggeris / Bahasa Cina
  • Bahasa manual: Jepun / Cina / Inggeris
  • Buatan Jepun (Made in Japan)

HP: www.yodobashi.com (Bahasa Jepun Sahaja)

 

Beli [RZ-W2000Y-W]

 

 


  

【2】TIGER Periuk Nasi IH bersama Periuk Inner Keramik Tanah Liat [JKL-T10W / JKL-T15W]

 

Periuk tembikar biasa telah digunakan di Jepun selama berabad-abad sebagai alat memasak standard. Apabila anda memasak dengan periuk tanah dengan api yang tinggi, anda dapat memperoleh sebilangan kecil nasi terbakar yang berperisa dan beraroma di tepinya. Nasi yang sedikit dibakar ini disebut "okoge" dan mana-mana orang Jepun yang suka nasi akan teruja melihatnya di bahagian bawah periuk nasi mereka. Periuk nasi ini mempunyai struktur lapisan yang mempunyai kesan inframerah jarak jauh yang serupa dengan tanah liat sebenar. Dengan periuk nasi IH tanah liat ini, anda boleh mengawal 3 peringkat pemanasan unik hanya pada periuk seramik supaya anda juga boleh menghasilkan okoge! Periuk dalam terbuat dari tanah liat dengan 5 lapisan, dan penutup dalam juga mempunyai lapisan tanah liat. Pastinya rasa nasi sangat mirip dengan memasak nasi dalam periuk seramik tanah liat sebenar di atas api nyata! Terdapat 21 tetapan menu memasak berkomputer.

TIGER JKL-T10W (5.5 cawan) JKL-T15W (8 cawan)

  • JPY 58,000~ (JKL-T15W (8 Cawan) JPY67,000~)
  • Ringkasan: Periuk nasi pemanasan induksi 5 lapisan dengan periuk seramik tanah liat
  • AC: 220V
  • Paparan LCD: Bahasa Inggeris
  • Bahasa manual: Jepun / Cina / Inggeris
  • Buatan Jepun (Made in Japan)

HP: www.yodobashi.com (Bahasa Jepun Sahaja)


Beli [JKL-T10W] / Beli [JKL-T15W

 

 


  

【3】HITACHI Periuk Nasi Tekanan IH 10 Cawan [RCDU18W-R]

Berbanding dengan produk lain, periuk bulat dalaman TOSHIBA adalah menonjol dengan besi tempanya setebal 5 mm. Periuk ini dicipta untuk mewujudkan perolakan terma berkesan seperti relau tradisional. Teknologi vakum digunakan untuk memasak dengan cepat dan membolehkan masa pemanasan yang panjang sehingga 40 jam tanpa merosakkan rasanya. Sistem pemanasan mempunyai pelbagai tahap tekanan yang dapat disesuaikan dengan pilihan anda.

 

TOSHIBA RCDU18W-R (10 cawan )

  • JPY 29,000~
  • Ringkasan: Periuk nasi pemanasan induksi dengan teknologi vakum dan tekanan
  • AC: 220V
  • Bahasa manual: Jepun / Cina / Korea / Inggeris
  • Buatan Jepun (Made in Japan)

HP: www.yodobashi.com (Bahasa Jepun Sahaja)


Beli [RCDU18W-R]

 

 


   

【4】HITACHI Periuk Nasi Tekanan & Steam IH 10 Cawan [RZ-KV180Y]

Sama seperti namanya, periuk nasi ini menggunakan sistem memasak nasi IH dengan tambahan pemasakan tekanan. Seperti periuk tekanan biasa, tekanan di dalam periuk ini sangat tinggi, mencapai hingga 1.3 atm dan 107 ℃ untuk menghasilkan wap suhu tinggi untuk memasak nasi dengan cepat. Ia juga dilengkapi dengan "Steam recycling mechanism" iaitu mekanisme kitar semula wap di mana wap yang terperangkap berubah menjadi air, yang kemudian dipanaskan dan bertukar menjadi wap semula untuk memanaskan kembali nasi secara berkala, menjaga nasi agar tetap hangat dan segar berjam-jam. Ia direka khas untuk mengelakkan wap keluar, menjaga nasi dikukus dengan betul untuk mengeluarkan rasa manis semula jadi di dalam beras. Ini adalah jenis ciri yang hanya anda dapati di Jepun.

HITACHI RZ-KV180Y (10 Cawan)

  • JPY 37,000yen~
  • Ringkasan: Periuk nasi tekanan dan wap. Periuk besi tebal lapisan fluorin emas dengan semburan termal dan arang sinar inframerah jarak jauh
  • AC: 220-230V
  • Paparan LCD: Bahasa Inggeris / Bahasa Cina
  • Bahasa manual: Jepun / Cina / Inggeris / Korea
  • Buatan Jepun (Made in Japan)

HP: www.yodobashi.com (Bahasa Jepun Sahaja)

 

  Beli [RZ-KV180Y]

 

 


  

【5】ZOJIRUSHI Periuk Nasi / Pemanas IH 5.5 Cawan [NP-HLH10XA]

Dari jenama sama seperti video sebelum ini, periuk ini mempunyai vent wap yang besar, membolehkan pemasakan dengan daya tinggi yang berterusan. Ia juga ada kitaran pemanasan yang berpanjangan, jadi nasi akan sentiasa enak dan sedia untuk dimakan. Penutupnya boleh dibongkar dan dibasuh dengan mudah. Antara cirinya yang istimewa adalah kebolehannya untuk memasak pelbagai jenis beras, seperti nasi putih, beras perang, nasi campur dan lain-lain.

ZOJIRUSHI NP-HLH10XA (5.5 Cawan)

  • JPY 37,000yen~
  • Ringkasan: Periuk nasi pemanasan induksi dengan vent wap yang besar
  • AC: 220-230V
  • Paparan LCD: Bahasa Inggeris
  • Bahasa manual: Jepun / Cina / Inggeris / Korea
  • Buatan Jepun (Made in Japan)

HP: www.heavyrotation.jp (Bahasa Jepun Sahaja)

 

  Beli [ NP-HLH10XA]

 

 


  

【6】TIGER Periuk Nasi Steam IH [JKT-S10W / JKT-W18W]

 

Periuk nasi jenis IH menjadikan nasi dimasak lebih rata berbanding rakan komputer mikro mereka. Untuk mengelakkan penyebaran haba yang tidak rata, periuk dan penutup dalaman periuk ini dilapisi sepenuhnya dengan tanah liat. Di samping itu, ia menggunakan periuk 5 lapisan 5 logam berganda inframerah jarak jauh, yang memindahkan sistem pemanasan IH yang tinggi ke semua butir beras untuk menghasilkan nasi yang enak. 

Periuk tersebut mudah dibongkar, memudahkan pembaikian dan pencucian. Termasuk juga adalah piring memasak asing yang membolehkan anda memasak lauk bersama dengan nasi. Ini dikenali sebagai mekanisme memasak synchro "tacook". Terdapat 12 tetapan menu memasak berkomputer.

 

TIGER JKT-S10W (5.5 cawan) JKT-W18W (10 cawan)

  • JPY 17,000yen~ (JKW-A18 (10 Cawan) JPY54,000~)
  • Ringkasan: Periuk nasi pemanasan induksi, bersalut tanah liat dengan 5 lapisan logam berganda inframerah jarak jauh dan mekanisme memasak synchro "tacook"
  • AC: 220-230V
  • Paparan LCD: Bahasa Inggeris
  • Bahasa manual: Jepun / Cina / Inggeris
  • Buatan Jepun (Made in Japan)

HP: www.tiger.jp (Bahasa Inggeris)

 

  Beli [JKT-S10W] / Beli [JKT-W18W

  

 


  

【7】TIGER Periuk Nasi / Pemanas yang dikawal oleh IH Micom [JKW-A10W / JKW-A18]

 

Periuk ini mempunyai 3 lapisan, termasuk lapisan tembaga yang disalut sinar inframerah jarak jauh, membolehkan masakan nasi secara seragam. Selain daripada tetapan asas, periuk ini juga ada pilihan "long grain rice" yang unik biasa di Asia Tenggara, yang cara masakannya berbeza dari beras pendek, makanan pokok di Jepun. Terdapat 8 tetapan menu memasak berkomputer.

 

TIGER JKW-A10W (5.5 cawan) JKW-A18 (8 cawan)

  • JPY 27,000~ (JKW-A18 (8 Cawan) JPY31,000~)
  • Ringkasan: Periuk nasi pemanasan induksi dengan periuk dalaman 3 lapisan bersalut sinar inframerah jarak jauh
  • AC: 220V
  • Paparan LCD: Bahasa Inggeris
  • Bahasa manual: Jepun / Cina / Inggeris
  • Buatan Jepun (Made in Japan)

HP: www.tiger.jp (Bahasa Inggeris) 


Beli [JKW-A10W ] / Beli [JKW-A18

 

 


  

【8】TIGER Periuk Nasi Tekanan & Steam [JPB-W10W / JPB-W18W]

 

Jika anda mahukan kualiti yang premium bersama design yang cantik, inilah periuk terbaik. Teknologi pemanasan induksi panas yang tinggi dan kaedah memasak tekanan unik memaksimumkan rasa dan tekstur nasi. Dengan sebanyak 11 lapisan dan ketebalan 3mm, ia menguatkan kepanasan aruhan induksi untuk meniru rasa nasi lazat seperti dimasak dalam periuk tanah liat. Tambahan lagi, lapisan seramik kordierit inframerah jarak jauh dan penahan haba dari manik-manik kaca memberikan rasa manis dan tekstur beras yang kenyal.
Dari segi design pula, ia direka dengan bahagian belakang yang sederhana dan rata untuk kelihatan cantik serta senang disimpan di sudut mana pun. Reka bentuk bergaya yang disyorkan akan kelihatan hebat dan bergaya dimana-mana dapur.

TIGER JPB-W10W (5.5 cawan) JPB-W18W (10 cawan)

  • JPY 83,000~ (JPB-W18W (10 Cawan) JPY90,000~)
  • Ringkasan: Periuk nasi pemanasan induksi dengan periuk dalaman 11 lapisan premium
  • AC: 220V
  • Paparan LCD: Bahasa Inggeris 
  • Bahasa manual: Jepun / Cina / Inggeris
  • Buatan Jepun (Made in Japan)

HP: www.tiger.jp (Bahasa Inggeris)


Beli [JPB-W10W] / Beli [JPB-W18W

 

 

Kesimpulan

 

Sebagai orang Malaysia, makan nasi adalah satu kewajipan. Periuk lama atau baru, mahal atau murah, asalkan dapat makan nasi, rebus beras dalam periuk atas api pon tidak menjadi masalah untuk orang kita. Tetapi untuk memasak nasi 3 kali setiap hari dengan senang tanpa sebarang masalah, periuk nasi yang berkualiti dan panjang umur pastinya menjadi ideal. 

 

Kami telah memperkenalkan 8 periuk nasi Jepun yang disyorkan dengan pelbagai keistimewaan. Bagaimana keadaannya? Kami dari ZenMarket berharap orang Malaysia akan lebih memahami perbezaan antara periuk nasi sederhana dan yang berkualiti dari Jepun selepas membaca artikel ini. Semua model adalah produk yang berprestasi, berkualiti dan menyediakan masakan terbaik. Untuk kegunaan diri sendiri atau sebagai hadiah kepada yang tersayang, nikmati hidangan nasi yang memuaskan dengan periuk nasi yang sesuai dengan gaya hidup anda  ♩

 


 

 

 

 


 

Jangan ragu-ragu untuk mengikuti kami ♩

 

 facebook  instagram  twitter

Artikel| 03/05/2021 | blogtechnology