Carian dihidupkan, Tukar kedai
10% pulangan untuk Item Rakuten 23 April 16:00 - 27 April 16:00 JST BELI SEKARANG
ULANG TAHUN ZENMARKET KE-10 LIHAT LAGI

Kaedah pembelian di Amazon Japan

Barangan yang dihantar langsung oleh Amazon Japan ke negara lain adalah sangat terhad: cuma CD, DVD, buku dan video. Jika anda inginkan barangan lain, anda boleh menggunakan perkhidmatan beli-belah kami.
Ini ialah halaman utama laman web kami.
Untuk mula mencari barangan di Amazon, sila klik Amazon.co.jp.
Kemudian taip nama barangan yang anda sedang cari dan klik Cari. Anda juga boleh mencari melalui kategori, dalam bulatan merah.
Selepas itu, pilih dan klik barangan yang menawarkan harga terbaik bagi anda.
Ini adalah halaman produk tersebut. Sebelum memasukkan barangan ke dalam troli-beli-belah anda, sila semak harga sebenar di laman web Amazon kerana harga kerap berubah. Keterangan setiap produk diterjemah secara automatik ke dalam bahasa Melayu, tetapi sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai sesebuah produk, sila hubungi kami. Jika semuanya OK, klik Masukkan ke Troli.
Jangan lupa untuk mengisi ruangan kuantiti, saiz, warna atau maklumat lain yang diperlukan.
Jika anda tidak menemui produk yang anda inginkan di laman web kami, sila hubungi kami kerana kami sentiasa bersedia untuk membantu pencarian anda.