Makluman Cuti Tahun Baharu 2021

ZenMarket ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bercuti dan terima kasih atas sokongan berterusan anda sepanjang tahun 2020.

Bersempena dengan tahun baharu 2021, kami ingin memaklumkan bahawa sebahagian daripada perkhidmatan ZenMarket tidak akan beroperasi sepanjang cuti umum tahun baharu di Jepun. 

 

Tempoh Cuti: Rabu, 30 Disember 2020 - Ahad, 3 Januari 2021
 

Sepanjang tahun baharu, kami akan bercuti selama 5 hari dan selama tempoh tersebut, sebahagian daripada perkhidmatan kami akan berhenti beroperasi.

Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku.

Sila baca maklumat berikut mengenai perubahan yang mungkin akan memberi kesan terhadap pembelian anda.

Perkhidmatan berikut tidak akan ditawarkan sepanjang tempoh cuti:

  • Pembelian item baru yang dimasukkan ke dalam shopping cart anda.
  • Penerimaan, pembungkusan dan pengiriman barang.
  • Pengembalian baki akaun ZenMarket ke sumber pembayaran anda (withdrawal).
    *Harap maklum bahawa sesetengah penjual di Yahoo! Auctions juga mungkin akan bercuti dalam tempoh ini.

Sepanjang tempoh cuti, anda masih boleh melayari laman web kami dan menggunakan perkhidmatan yang dikendalikan secara automatik, seperti:

  • Memasukkan item ke shopping cart

Walau bagaimanapun, kami tidak melakukan apa-apa tindakan yang memerlukan staf seperti membeli dan mengirimkan barang, menimbang berat barang, memberikan sebut harga kos pengiriman dan lain-lain sebelum kami mula beroperasi semula pada 4 Januari 2021.

Pandemik COVID-19 pada tahun ini telah memberikan kesan buruk terhadap syarikat-syarikat wakil pembelian (proxy services) dan memaksa beberapa syarikat yang mungkin anda kenali, untuk berhenti beroperasi secara kekal.  

Oleh itu, kami amat berterima kasih atas kesabaran dan sokongan berterusan anda yang setia bersama ZenMarket, menyebabkan kami, bukan sahaja boleh terus beroperasi, malah terus berkembang.


Keluarga ZenMarket ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu dan kami mendoakan kesihatan yang berterusan untuk anda walau di mana jua anda berada.

Berita| 09/12/2020 | Berita