Carian dihidupkan, Tukar kedai
10% pulangan untuk Item Rakuten 23 April 16:00 - 27 April 16:00 JST BELI SEKARANG
ULANG TAHUN ZENMARKET KE-10 LIHAT LAGI

Panduan Lengkap Tentang Jenis-Jenis Gunpla Kit

Anda mungkin pernah mendengar perkataan "Gunpla" sebagai istilah umum yang digunakan untuk merujuk kepada model building, tetapi adakah anda tahu asal-usul perkataan ini? Sebenarnya, ia datang daripada "Gundam plastic-model," dan pertama kali wujud pada tahun 80-an apabila model plastik tersebut dikeluarkan oleh Bandai.

Gunpla model kit

Gunpla merupakan model plastik yang menggambarkan pelbagai jenis rekaan mobile suit berdasarkan senjata bergerak (mobile weapons) dalam francais Mobile Suit Gundam. Kebanyakan kit ini mengandungi plastik berwarna yang telah dibentuk dan hanya perlu dicantumkan tanpa menggunakan bahan perekat seperti glu. Anda hanya perlukan penyepit, pisau X-Acto, atau kertas pasir pilihan anda.  Most of these kits come molded in colored plastic and snap together without any glue. All you need is a pair of nippers, an X-Acto knife, or some sandpaper of your choice. Kit Gunpla mempunyai aksesori serta sendi yang boleh digerakkan untuk membuat pelbagai gaya dan aksi, membuatkan ianya sangat digemari oleh orang ramai di seluruh dunia.

Walaupun boleh digerakkan, Gunpla adalah figura dan bukannya patung aksi (action toy). Kami tidak menyarankan anda bermain secara berlebihan dengan Gunpla yang telah disempurnakan. Biasanya, kit Gunpla disertai dengan stiker dan pelekat kecil yang boleh tercabut jika patung Gunpla dikendalikan dengan kasar. 

Gundam model posing

Ketika Gunpla mula diperkenalkan pada tahun 1980, anda perlu menggunakan glu untuk mencantumkannya, dan ianya mesti dicat. Walaupun kedengaran menyeronokkan, tetapi model tersebut juga mempunyai kekurangan seperti garisan yang tidak lurus dan tidak boleh digerakkan. Kini, Gunpla menerajui pasaran model plastik dengan model yang dilengkapi dengan sendi, mekanisme pergerakan, dan gimik yang terperinci dan canggih. Mengetahui tentang penambahbaikan yang berlaku sejak model Gunpla yang pertama dilancarkan pasti membuatkan anda kagum dengan kepelbagaian jenis kit Gunpla yang ada di pasaran pada hari ini.

gunpla from the 1980s

Bandai menggunakan runner berwarna yang sudah sedia terperinci dan mudah untuk dicantumkan menjadikannya senang untuk dibina oleh sesiapa sahaja yang mempunyai waktu lapang. Walaupun Bandai kini mempunyai saingan daripada syarikat lain seperti Kotobukiya, namun begitu ramai orang pasti bersetuju bahawa kit model terbaik di pasaran masih lagi dihasilkan oleh Bandai.

gunpla grades in japanese store

Terdapat banyak pilihan Gunpla untuk dipilih daripada tahap gred yang berbeza, daripada high grade hinggalah kepada real grade. Namun begitu, tahap kesukaran pembinaan model tidak dinyatakan untuk setiap tahap gred. Kami akan menerangkan tentang gred tersebut dalam artikel ini.

Meskipun Gunpla tersedia dalam pelbagai warna, anda juga boleh menggunakan kreativiti anda sendiri dengan mewarna Gunpla anda yang telah siap dicantumkan kerana kebanyakan kit boleh dicat. Namun begitu, kami menyarankan agar anda melihat terlebih dahulu, reaksi cat atau warna yang anda gunakan ke atas Gunpla anda sebelum mula mengecatnya secara menyeluruh. 

custom painted gunpla

Berdasarkan sebab-sebab di atas, kami percaya bahawa Gunpla merupakan antara kit model yang paling terkenal di seluruh dunia. Ianya tersedia dalam pelbagai jenis pilihan yang dilengkapi dengan teknologi kejuruteraan yang maju. Paling penting sekali, harga model Gunpla sebenarnya lebih rendah daripada figura lain yang serupa!

 

JENIS GRED GUNPLA

Sekiranya anda masih baru dalam dunia Gunpla, anda perlu tahu mengenai perbezaan antara setiap gred sebelum membuat pembelian pertama anda, atau sebelum naik ke gred seterusnya. Kami akan berikan anda gambaran keseluruhan mengenai setiap gred serta ciri-ciri bagi setiap kelas yang anda perlu tahu.

 

High Grade (HG)

High Grade Gundam

Model ini adalah model utama Gunpla, maka ianya mengandungi koleksi figura yang paling banyak. Figura dalam model ini biasanya tidak kompleks, mudah dibina, dan diperbuat daripada plastik berkualiti tinggi. Setiap koleksi mempunyi subkategori berbeza yang bergantung kepada tahun ianya dikeluarkan, dan kebanyakannya bersaiz tapak tangan (skala 1/144). Gunpla High Grade merupakan koleksi paling sesuai untuk pemula (beginner) atau pembina kasual.

 

Browse High-Grade Gunpla on ZenPlus

 

Master Grade (MG)

Master Grade Gundam

Model ini lebih rumit dan terperinci daripada HG, tetapi masih lagi termasuk dalam kategori murah bagi figura. Oleh sebab itu, Master Grade adalah gred yang paling terkenal dalam kalangan peminat Gunpla kerana jumlah bahagian, gimik, perincian, serta warnanya yang banyak. Selain itu, biasanya figura dalam model ini biasanya disertai dengan kerangka dalaman (inner frame) yang merupakan struktur asas yang sempurna untuk Gunpla anda. that is the perfect base structure for your Gunpla. Pada pendapat kami, gred ini adalah sesuai untuk para peminat yang menginginkan cabaran serta figura yang lebih rumit dan terperinci.

 

Browse Master Grade Gunpla on ZenPlus

 

Perfect Grade (PG)

Perfect Grade

 

Perfect Grade Gunpla merupakan model yang paling mahal, paling terperinci, dan paling rumit antara semua koleksi yang ada. Ianya menggunakan teknik rekaan Gunpla yang tidak digunakan oleh gred lain, seperti bahagian besi dan skru yang membuat pembinaannya lebih kompleks. Binaan yang telah siap dipenuhi dengan perincian serta kerangka dan perisai yang mengagumkan. Setelah bekerja keras untuk menyiapkannya, anda boleh duduk dan menghayati keindahan figura ini. Bagi kami, gred ini adalah gred terbaik yang boleh dibeli jika anda mempunyai wang.

 

Browse Perfect Grade Gunpla on ZenPlus

 

 

Real Grade (RG)

Real Grade

Diperkenalkan pada tahun 2010 sebagai sebahagian daripada projek sambutan Ulang Tahun Ke-30 Gundam. Model ini terdiri daripada gabungan antara Mobile Suits daripada Universal Century dan Alternative Centuries. RG menggabungkan segala aspek terbaik daripada tiga gred Gunpla yang lain: saiz kecil dan harga mampu milik HG, teknologi kerangka dalaman canggih MG dan jumlah bahagian yang banyak dalam koleksi PG. 

Namun begitu, kit ini bukanlah kit paling kukuh yang ada di pasaran. Oleh itu, kami mencadangkan agar anda membiasakan diri denga kit Gunpla daripada gred lain sebelum anda membina figura daripada gred ini kerana mereka memerlukan anda lebih berhati-hati serta memiliki fokus dan tahap ketelitian yang tinggi.

 

Browse Real Grade Gunpla on ZenPlus

 

 

Super Deformed (SD)

Super Deformed Gunpla on ZenPlus

Model chibi (kecil dan comel) ini menyasarkan kanak-kanak. Model Super Deformed boleh dibina dengan sangat mudah, dan secara purata hanya mengambil masa sejam. Walaupun model ini adalah model yang paling tidak popular dalam kesemua gred Gunpla, model ini adalah model paling lama yang telah wujud sejak zaman glu masih digunakan untuk mencantumkan bahagian Gunpla. Gred ini adalah gred terbaik untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang meminati figura chibi.

 

Browse Super Deformed Gunpla on ZenPlus

 

Itu sahaja untuk jenis-jenis gred Gunpla. Anda suka yang mana? Kongsikan dengan kami di laman media sosial kami di bawah!

 

 

Get The Conversation Started #ZenPlus.

 Facebook - ZenPlus  instagram

Artikel| 17/10/2019 | Mainanzenplus

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular