Carian dihidupkan, Tukar kedai
15% CASHBACK UNTUK ITEM MERCARI: 16.04 4PM - 20.04 APRIL 4PM JST BELI SEKARANG
ULANG TAHUN ZENMARKET KE-10 LIHAT LAGI

Kedai Rasmi SNK di ZenPlus

 

Pada awal tahun lalu, kami telah mengumumkan bahawa kedai rasmi antarabangsa SNK kini berjualan di tapak e-dagang kami, ZenPlus. Kini, anda boleh mendapatkan semua barangan yang telah dilancarkan terdahulu, dan barangan yang terhad untuk jualan di Jepun daripada syarikat video game SNK ini. Kami akan kirimkan semua pembelian ke alamat anda! Tonton video Scarlet Sprites, Youtuber retro gaming yang popular,  meng-unbox beberapa item yang dibeli dari kedai online SNK.

 

Mengapa beli melalui ZenPlus?

ZenPlus adalah pasar raya online yang membolehkan syarikat Jepun kegemaran anda mengirimkan barangan dari Jepun kepada anda. 

Terdapat banyak faedah membuat pembelian melalui ZenPlus, terutamanya:

  • Tiada caj perkhidmatan proksi
  • 3% daripada harga item akan dikembalikan kepada anda setelah item dihantar ke alamat anda
  • Kaedah pembayaran yang pelbagai
  • Kaedah pengiriman pilihan anda
  • Barangan yang terhad untuk penjualan di Jepun

Selain itu, jika anda membuat pembelian melalui ZenPlus, keaslian barangan yang anda beli adalah terjamin dan kesemua barangan dihantar dari Jepun. 

Francais Jepun seperti SNK biasanya mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan produk baru mereka ke seluruh dunia, jadi dengan ZenPlus, anda tidak perlu menunggu lama kerana anda boleh membeli produk tersebut sebaik sahaja ianya dikeluarkan untuk pasaran Jepun!

 

Apa barangan yang boleh dibeli?

SNK NEOGEO MiniJapanese NeoGeo Mini

Ramai orang mengimpikan Neogeo di ruang tamu mereka, kan? Kini, impian tersebut boleh menjadi kenyataan. 

NEOGEO Mini yang mengandungi 40 tajuk klasik ini pasti akan menggembirakan mana-mana gamer - seperti Samurai Shodown, Art of Fighting atau Last Blade. Anda juga boleh menghubungkan NEOGEO Mini ini ke skrin atau televisyen menggunakan HDMI untuk pengalaman yang lebih luar biasa! 

 

Lihat Konsol NEOGEO Mini di ZenPlus 

 

Barangan & Set Edisi Terhad

Neogeo mini Samurai Shodown clear neogeo mini

Anda pasti pernah mendengar mengenai set edisi terhad Samurai Shodown yang hanya terdapat di kedai rasmi antarabangsa SNK ini, kan?

Untuk maklumat lanjut, anda boleh baca entri blog kami mengenai kesemua set edisi terhad ini (dalam bahasa Inggeris). Kami telah menghantar satu daripada set ini kepada retro gamer yang terkenal, Madlittlepixel:

Jika anda sedang mencari koleksi eksklusif atau barangan edisi terhad daripada SNK, anda perlu cepat sebelum mereka kehabisan stok. Stok edisi istimewa kami sentiasa berubah, jadi sila pastikan anda mengklik pautan di bawah untuk melihat produk terkini yang kami tawarkan.

 

Lihat Barangan Edisi Terhad SNK di ZenPlus 

 

Pakaian

snk official clothing

Sekarang, anda tidak perlu membeli pakaian SNK yang ciplak lagi, kerana kini anda boleh membeli produk asli dengan hanya satu klik. Anda pasti akan jatuh hati dengan t-shirt, hoodie, dan jaket bomber yang dihiasi dengan grafik kegemaran anda. Pakaian ini mungkin kelihatan agak mahal, tetapi kami dapat menjamin bahawa kualitinya jauh lebih baik daripada barangan tiruan.

Pakai baju retro gaming yang cool ini untuk kongsikan minat anda terhadap The King of Fighters, Samurai Shodown, The Last Blade dan SNK Playmore kegemaran anda yang lain dengan seluruh dunia. Lihat senarai pakaian ini melalui pautan URL di bawah.

 

Lihat Pakaian SNK di ZenPlus 

 

Alat Tulis

SNK Stationery

Jika anda ingin membeli sesuatu daripada kedai SNK kami, tetapi anda tidak tahu apa yang anda inginkan, apa kata anda lihat senarai alat tulis eksklusif mereka? Alat tulis Jepun bukan sahaja praktikal, tetapi juga mempunyai rekaan yang sofistikated dan mampu memberikan sentuhan retro gaming di atas meja anda. 

Selain itu, set alat tulis SNK juga boleh dijadikan sebagai hadiah untuk rakan-rakan, ahli keluarga, atau diri anda sendiri. Dalam koleksi alat tulis SNK, terdapat pelbagai jenis produkl seperti masking tape, sticky notes, dan fail jernih. Kami pasti anda akan menemui barangan yang anda akan suka, dan yang pastinya, kebanyakan item ini adalah murah dan berbaloi. 

 

Lihat Alat Tulis SNK di ZenPlus 

 

Aksesori Kecil

aksesori SNK

Jika anda tidak berminat dengan alat tulis, mungkin anda lebih menyukai aksesori kecil seperti rantai kunci, badge, acrylic stands, dan banyak lagi. Pasaran Jepun menawarkan pelbagai barangan kecil untuk dikumpul seperti ini, yang pasti akan menceriakan hidup anda. Hati-hati, jangan sampai ketagih untuk kumpul kesemuanya sekali, ya!

 

Lihat Aksesori Kecil SNK di ZenPlus 

 

Kedai kami sentiasa dikemaskini secara berkala, jadi jangan lupa untuk mengunjungi laman kami dengan kerap supaya anda tidak terlepas produk-produk keluaran baharu. Jika kami tidak menyebut tentang barangan SNK yang anda inginkan dalam entri ini, jangan risau, anda boleh mencari barangan tersebut di kedai rasmi SNK di ZenPlus

Apa yang menarik hati anda di kedai SNK? Kongsikan dengan kami melalui media sosial kami di bawah ini. 

 

Ikuti Kami & Kongsi Kegembiraan #ZenPlus.

 Facebook - ZenPlus  instagram 

 

Artikel| 13/08/2019 | MainanzenplusGame

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular