Sejak kebelakangan ini, aktiviti luar seperti perkhemahan menjadi semakin popular dalam kalangan masyarakat di Jepun dan Malaysia. Keindahan alam semula jadi bukan sahaja mempunyai kesan baik untuk melepaskan tekanan harian malah juga dapat menyegarkan anda.
Namun, jika anda baru untuk berkhemah dan ingin cuba aktiviti perkhemahan buat kali pertama, mungkin sukar untuk membayangkan jenis peralatan yang perlu anda miliki. Bergantung kepada tapak perkhemahan, anda mungkin boleh menyewa peralatan perkhemahan yang anda perlukan.
Dalam blog ini, kami akan memperkenalkan peralatan perkhemahan bagi pemula yang baru untuk perkhemahan. Kami juga akan memperkenalkan Top 5 jenama aktiviti luar Jepun. Marilah kita menikmati keindahan alam semula jadi dengan aktiviti berkhemah!
Memperkenalkan Rutin Asas Semasa Perkhemahan
Jika anda baru untuk aktiviti berkhemah, anda mungkin tidak tahu bagaimana untuk menikmati satu hari di tapak perkhemahan walaupun anda boleh membayangkan situasi perkhemahan. Jadi, marilah kita memperkenalkan secara ringkas rutin asas untuk menikmati masa anda di tapak perkhemahan.
1. Bina khemah di tapak perkhemahan
Biasanya, aktiviti pertama yang perlu dilakukan apabila anda pergi berkhemah adalah untuk mencari ruangan untuk bersantai seperti khemah.
Carikan tempat yang selamat dan membina khemah menggunakan peralatan perkhemahan yang anda bawa. Memandangkan aktiviti pembinaan khemah melibatkan kerja fizikal, hal ini adalah penting untuk bekerjasama antara satu sama lain. Walapun aktiviti perkhemahan mengambil masa selama sehari sahaja, anda disyorkan untuk menentukan lokasi pangkalan terlebih dahulu.
2. Memulakan api dan meyediakan makanan
Setelah anda membina khemah anda, anda mempunyai masa lapang sehingga waktu malam. Dengan ini, anda boleh menikmati masa lapang anda untuk aktiviti memancing, memasak dan lain-lain lagi
Apabila anda mula lapar, anda boleh mula menyediakan makanan untuk makan malam. Ia mungkin mengambil sedikit masa untuk menghidupkan api jadi mungkin baik untuk anda menyalakan api awal dan gunakan api tersebut untuk memasak. Anda boleh meyediakan makanan seperti barbeku menggunakan api yang dinyalakan.
3. Nikmati makan malam sambil berbual dengan kawan-kawan
Setelah makan malam, anda boleh menikmati persekitaran yang tenang sambil berbual-bual dengan kawan-kawan dan keluarga. Anda juga boleh melihat langit yang dipenuhi bintang jika langit cerah. Luar bandar biasanya mempunyai pemandangan yang lebih baik untuk melihat bintang berbanding dengan bandar.
4. Menyediakan sarapan pagi tanpa menggunakan api
Anda akan bangun dengan udara segar dan kehijauan alam sekitar. Untuk menjimatkan masa pada waktu pagi, anda boleh memasak sarapan pagi menggunakan dapur gas kecil mudah alih. Nikmatilah sarapan pagi anda sambil membersihkan tapak perkhemahan secara beransur-ansur.
Peralatan Luar yang Berbeza antara Perkhemahan Sehari dan Bermalam
Marilah kita semak peralatan yang perlu disediakan apabila anda pergi berkhemah.
Selain itu, peralatan untuk aktiviti luar yang perlu anda sediakan adalah berbeza untuk "perkhemahan siang" dan "perkhemahan semalaman". Oleh itu, kami akan memperkenalkan secara berasingan! Marilah kita membuat persediaan yang baik untuk pengalaman perkhemahan yang terbaik.
Peralatan Khemah Yang Diperlukan Untuk Perjalanan Seharian
- Tarp Pelindung Matahari
- Meja dan Kerusi Boleh Lipat
- Dapur Gas Kecil Mudah Alih
- Set Peralatan Makanan
- Kotak Penyejuk
Untuk aktiviti perkhemahan seharian, anda disyorkan untuk menyediakan peralatan perkhemahan yang disenaraikan di atas.
Butiran yang disenaraikan adalah seranai minimum, jadi jika anda memerlukan apa-apa lagi, pastikan anda membawanya bersama anda. Jika anda pergi berkhemah selama sehari, anda disyorkan untuk menyediakan pelindung matahari untuk berteduh. Sila juga membuat pertimbangan tentang saiz dan bilangan meja dan kerusi mengikut bilangan orang yang pergi berkhemah.
Peralatan Khemah Yang Diperlukan Untuk Perkhemahan Bermalam
- Khemah
- Beg Tidur
- Tikar
Jika anda bercadang untuk bermalam, jangan lupa untuk menyediakan barang yang disenaraikan di atas sebagai tambahan kepada barangan yang anda perlukan untuk perjalanan sehari.
Selagi anda mempunyai sekurang-kurangnya khemah dan beg tidur, anda sepatutnya dapat bermalam dengan selesa. Memandangkan anda akan tidur di atas tanah yang tidak rata, ia adalah lebih selesa jika anda boleh meyediakan tikar dan beg tidur.
Ia adalah lebih mudah jika anda mempunyai cahaya mudah alih seperti tanglung atau lampu mudah alih apabila beraktiviti selepas gelap.
Perkara yang Perlu Dipertimbangkan Semasa Memilih Peralatan Luar untuk Kali Pertama
Memandangkan anda sudah mempelajari cara untuk meluangkan masa anda untuk berkhemah dan peralatan perkhemahan yang anda perlukan, marilah kita lihat dengan lebih teliti tentang perkara yang perlu anda ketahui semasa memilih peralatan perkhemahan.
Khususnya, kami akan memperkenalkan TIGA perkara yang kami ingin pemula memberi perhatian apabila berkhemah. Untuk pengalaman perkhemahan yang selamat and seronok, ia adalah penting untuk anda memilih peralatan perkhemahan yang sesuai.
1. Pilih khemah yang mudah untuk dibina
Perkara pertama ialah memilih peralatan yang mudah untuk disediakan.
Anda disyorkan untuk memilih khemah jenis satu sentuhan atau jenis yang mudah untuk berdiri sendiri. Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak produk yang boleh dibina sendiri keseorangan. Oleh itu, anda boleh memilih khemah yang boleh dipasang dengan mudah tanpa mengira saiz yang dikehendaki.
2. Tidak Perlu Beli Peralatan yang Terlalu Mahal Buat Kali Pertama
Perkara yang kedua ialah "Tidak perlu beli terlalu banyak peralatan mahal untuk perkhemahan kali pertama".
Hal ini adalah kerana anda belum pasti lagi berapa kerap anda akan pergi berkhemah. Anda disyorkan untuk mencuba model peringkat permualaan setiap jenama untuk aktiviti luar. Dengan ini, anda boleh mencari jenama kegemaran anda semasa menggunakannya!
3. Dapatkan Set Perkhemahan untuk Pemula
Perkara ketiga adalah untuk menggunakan set perkhemahan pemula.
Setiap pengeluar jenama aktitivi luar Jepun menjual satu set peralatan perkhemahan untuk golongan yang baru untuk berkhemah. Anda disyorkan untuk mengekalkan kos awal pada tahap minimum dengan menggunakan item set tersebut secara berkesan.
Jenama Aktiviti Luar Jepun
Jika anda ingin membeli peralatan perkhemahan, kami mengesyorkan anda untuk membeli produk yang dijual oleh pengeluar Jepun.
Hal ini adalah kerana produk pengeluar Jepun dicipta supaya mudah digunakan oleh orang Jepun dan juga orang luar negara. Di samping itu, idea "mudah jika ada" di Jepun diterbitkan semula dengan idea terperinci yang tidak ditemui di luar negara.
Jika anda mempunyai pengalaman untuk berkhemah, mengapakan tidak mengambil peluang ini untuk memcuba peralatan perkhemahan dari Jepun?
5 Jenama Aktiviti Luar Terbaik Jepun
Setelah memperkenalkan tentang aktiviti perkhemahan, kini kami akan menerangkan tempat-tempat terbaik untuk mendapatkan peralatan perkhemahan. Sila semak dengan teliti sebelum membeli peralatan yang sesuai untuk anda!
Kami akan memperkenalkan 5 jenama peralatan perkhemahan terbaik di Jepun. Kami akan menerangkan butiran menarik untuk setiap jenama. Oleh itu, sila bandingkan dengan teliti dan gunakan blog ini sebagai rujukan anda.
【Tempat Ke-5】CAMP MANIA PRODUCTS(キャンプマニアプロダクツ)
Pengeluar yang direkomendasi ialah「CAMP MANIA PRODUCTS 」.
Pengeluar ini ialah pengeluar jenama pakaian luar indie. Mereka mempunyai pelbagai jenis barangan dari peralatan perkhemahan ke produk unik yang tidak dihasilkan oleh pengeluar lain. Oleh itu, carilah peralatan perkhemahan yang sesuai untuk anda!
▶ Klik di sini untuk laman web rasmi
【Tempat Ke-4】ADIRONDACK(アディロンダック)
Jenama tempat Ke-4 yang disyorkan ialah「ADIRONDACK」.
Pengeluar kedai luar jenama ini ialah「A&F COUTRY」. Produk jenama ini dihasilkan oleh ahli yang mahir untuk produk luar rumah. Khususnya, barisan kerusi perkhemahan. Jadi, ia adalah pilihan yang bagus untuk memiliki kerusi daripada pengeluar ini.
▶ Klik di sini untuk laman web rasmi
【Tempat Ke-3】LOGOS(ロゴス)
Jenama tempat Ke-3 yang disyorkan ialah「LOGOS」.
Pegeluar terkenal dengan logo berbentuk daun ini merupakan jenama luar yang komprehensif yang membina barangan perkhemahan yang boleh dinikmati oleh keluarga. Produk dari jenama ini mempunyai reka bentuk yang unik dan boleh didapati dalam harga yang berpatutan. Oleh ini, terdapat pelbagai pilihan untuk orang yang baru untuk perkhemahan.
▶ Klik di sini untuk laman web rasmi
【Tempat Ke-2】snow peak(スノーピーク)
Jenama tempat Ke-2 yang disyorkan ialah「snow peak」.
Pengeluar ini ialah jenama popular yang dikenali oleh semua orang yang berminat untuk aktiviti luar. Dengan ibu pejabatnya di Bandar Sanjo, Negeri Niigata, jenama ini merupakan pengeluar am yang mengendalikan peralatan perkhemahan am.
▶ Klik di sini untuk laman web rasmi
【Tempat Ke-1】Mont-bell(モンベル)
Jenama tempat pertama yang disyorkan ialah「Mont-bell」.
Mont-bell ialah pengeluar terkenal di dunia yang mewakili Jepun. Dari khemah ke beg tidur, dari meja ke peralatan kalis hujan, jenama ini mempunyai semua barangan yang anda perlukan untuk aktivti luar. Jenama ini terkemuka di dunia dengan fokusnya untuk mencipta peralatan yang bergaya dan selesa.
▶ Klik di sini untuk laman web rasmi
Kesimpulan
Kali ini, kami telah memperkenalkan jenama luar yang disyorkan untuk orang yang baru untuk aktiviti perkhemahan.
Jika anda berminat untuk berkhemah, kami mengesorkan anda untuk menyemak semua barangan yang diperlukan dari kedai-kedai online Jepun. Setelah anda bersedia peralatan perkhemahan, marilah nikmati alam semula jadi bersama keluarga atau kawan-kawan anda. ♩
Tentang ZenMarket Jepun
Kebanyakan kedai online Jepun tidak membuat pengiriman ke luar negara, tetapi kami menyelesaikan masalah ini! Kami bantu anda membeli, menggabungkan dan mengirimkan barangan anda ke pintu rumah anda. Laman kami menggabungkan laman-laman pembelian online terbesar di Jepun seperti Amazon Japan, Rakuten, dan Yahoo! Auctions. Dengan hanya copy dan paste pautan URL item ke troli ZenMarket anda, anda boleh membuat pembelian dari beratus-ratus kedai online Jepun. Pembelian barangan Jepun kesukaan anda kini lebih mudah dengan ZenMarket!
Ikuti Kami di Facebook dan Instagram